Followers

Tuesday, August 10, 2010

Berandoi ~ My nieces

hmm..sebenarnya ahad ari tu anak buah aku berandoi..dari ari tu nak tulis tapi xde mood n xlarat nak menaip panjang-panjang.so skang ni ade la mood untuk kembali menghidupkan blog aku yang rupanya dah semakin nazak ni...
berandoi ni rupenya xsemua negeri ade wat..aku ingatkan semua negeri..baru tadi aku tau bila ade kakak sekerja ngan aku bgtau..

sebelum aku tunjukkan gambar masa majlis berandoi dua anak buah aku yang comey2 ni..jom la baca dulu info tentang berandoi..sebab ramai orang tak tau tentang adat ni kan..info ni aku dapat dari laman web InfoMaya [klik sini]

"Adat berandoi merupakan satu upacara yang amat terkenal di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain sempena menyambut kelahiran anak. Biasanya adat ini dilakukan bersama dengan upacara bercukur jambul (memangkeh jambul). Dalam upacara berandoi, ia dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan bacaan berzanji. Semasa selawat dibacakan, upacara bercukur jambul akan berjalan.

Selepas selesai bacaan berzanji dan bercukur jambul, barulah bermula pula adat berandoi. Ketika ini bayi akan diletakkan di dalam buaian yang dihias cantik dan akan didodoikan dengan alunan qasidah dan nasyid yang liriknya merupakan pantun yang berbentuk nasihat.

Ia bermula dengan menceritakan proses kelahiran seorang bayi sehinggalah ia dilahirkan ke dunia. Selepas itu akan disebut pula susah payah ibu bapa memelihara anak bagaikan menatang minyak yang penuh. Lirik ini mengajar anak betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa ketika mendidik kita semasa kecil. Ia turut diikuti dengan galakan menuntut ilmu pengetahuan.

Akhir sekali alunan berandoi akan mendoakan kesejahteraan bayi supaya umurnya terisi dengan kebaikan dan dijauhkan daripada segala kejahatan.

Pantun dan gurindam yang dialunkan semasa berandoi ini bolehlah dianggap seni yang dihiasi pengaruh Islam. Ia dikarang dengan cermat oleh orang dahulu sehingga kita yang membacanya turut tersentuh dengan nasihat yang diberikan.

Diperturunkan di bawah ini pantun-pantun yang dialunkan semasa berandoi yang liriknya amat mengesankan jiwa:

Bismillah itu permulaan nama
Keadaan zatnya bersama-sama
Menzahirkan sifat menyatakan asmak
Khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam
Asal yang wahi nurul khatam
Dipecahkan empat zahirnya Adam
Dipecahkan pula sekalian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu
Empat puluh hari nutfah namamu
Lapan puluh hari alakah namamu
Seratus dua puluh hari masfah namamu

Empat bulan sampailah tuan
Sudah menjadi kaki dan tangan
Cukuplah dengan sifat sekalian
Nyawanya belum lagi didatangkan

Sampailah sudah saat dan waktu
Datanglah nyawa lalu bersatu
Di dalam tubuh tempatnya itu
Hawa dan nafsu sudah berlalu

Dikandungkan ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Melahirkan dikau beberapa kesakitan
Beberapalah pantang minum dan juga makan

Tatkalalah engkau jatuh ke lantai
Dengan segera bidan mencapai
Sudah dimandikan lalu dipakai
Tinggallah ibumu lemah gemalai

Sudah dipakaikan lalu diqamat
Mintalah doa supaya selamat
Ingatlah pesan Nabi Muhammad
Di atas dunia beramal ibadat

Wahailah anak jangan engkau bantah
Dzahirkan engkau sangatlah susah
Dialih ke kiri ke kanan pun basah
Habis berlumur kencing dan muntah

Setelah lah kamu sudahlah ada
Siang dan malam ibumu berjaga
Tidurpun tidak barang seketika
Makan dan minumpun tiada terasa

Tiadalah tentu siang dan malam
Tidurpun tidak dapat di tilam
Terkejut terjaga di tengah malam
Bangkit memangku di dalam kelam

Apabila engkau dapat berbilang
Disuruh mengaji berulang-ulang
Ke rumah gurumu tempat berulang
Pagi dan petang jangan engkau selang

Wahailah anak kami berpesan
Kepada engkau di dalam buaian
Ibu bapamu jangan dilawan
jangan mengikut iblis dan syaitan

Apabila dewasa disuruh sembahyang
Engkau doakan siang dan malam
Sembahyang jangan dicampak dibuang
Dikutuknya Tuhan bukan kepalang

Ya Allah Malikul Adzah
Budaknya ini besarkan tuah
Siang dan malam makin bertambah
Sehinggalah sampai ia berpindah

Wahailah anak kami buaikan
Engkau ini kami doakan
Umur yang pendek minta panjangkan
Rezeki yang halal minta murahkan

Ya Allah Malikul Adzabi
Budaknya ini murahkan rezeki
Sejukkan badan terangkan hati
Limpah dan makmur sehari-hari

Ya Allah Malikul Jabar
Budaknya ini cepatlah besar
Jauhkan daripada perkara yang mungkar
Dari kecil sampai ke besar

Ya Allah Malikul Azati
Budaknya ini tetapkan hati
Minta kurniakan pangkat yang tinggi
Di dunia akhirat beroleh terpuji

Ya Allah Malikul Rahman
Budaknya ini tetapkan iman
Beramal ibadat minta kuatkan
Syaitan dan iblis minta jauhkan

Ya Allah Malikul Wahhab
Budaknya ini jauhkan azab
Minta makbulkan doa mustajab
Siang dan malam memohonkan harap

Ya Allah Malikul Mannan
Doakan dia minta diperkenan
Siang dan malam sepanjang zaman
Bala dan fitnah minta jauhkan

Selesailah sudah kami membuaikan
Sanak saudara kami raikan
Setelah kami minta doakan
Supaya terang anak budiman

Ya Allah Tuhan yang kudrat
Jauhkan kami daripada maksiat
Minta panjangkan dunia akhirat
Alhamdulillah andoipun tamat

Minta panjangkan dunia akhirat
Alhamdulillah andoipun tamat."
itu la secara overall tentang berandoi dan itu la yang  berjalan kat umah aku ahad lepas..so inilah gambarnya tentang majlis tu..comel kan anak buah aku..hahaha
buaian yang dihias oleh aku..hahah
Fira n Aleesya dalam buaian

Aleesya Small happy family

fira yang comel dan mamanya yang mendukung aleesya..kuat jeles upenya fira tu..nampak x tangan dia kat tepi tu yang tarik mama dia bila mama di begambar ngan aleesya..hehhee...

4 comments:

  1. huhu,bnyk pantun dia.awak, saya nak copy tau pantun dia.buat rujukan masa akan dtg.hehe

    ReplyDelete
  2. copy la cikgu..same2 la kita belajar... :)

    ReplyDelete
  3. Seronok baby tu di dodoikan ((:

    ReplyDelete
  4. betul tu tapi yang sorang tu bertahan kejap je..pastu dia dah nangis dah..tak biasa duk dalam buaian

    ReplyDelete