Followers

Sunday, August 22, 2010

Its My Life~Episode 3


“Amy, tadi kata nak balik? Ni dah pukul 1.50 petang dah ni.” Suara Kak Laila memecah lamunanku. Aku terus mengesat air mata yang mengalir tanpa kusedari
“Nak balik la ni kak..hehehe..saya balik dulu ye” kataku sambil menunjukkan barisan gigiku seperti kerang busuk.
          Dengan bersemangat aku pun menuju ke kereta Myvi kesayanganku. Aku panggil kereta aku ni “Baby”. Kadang kala dalam kereta, aku berbual dengan “baby”. Kalau orang Nampak mesti dia ingat aku gila. Tapi entahlah aku rasa seperti”baby” faham segalanya walaupun dia Cuma mesin ciptaan manusia.
          Hingga ke saat ini, aku masih bagaikan tidak percaya yang aku sudah mempunyai pendapatan sendiri dan sudah mempunyai eset iaitu sebuah kereta Myvi. Ianya bagaikan mimpi yang selalu aku impikan sejak dari kecil. Ada dua lagi impian aku yang masih belum tercapai iaitu ingin memiliki sebuah rumah dan menghantar ibu dan bapa aku mengerjakan haji di tanah suci.
          Setibanya di rumah, ku lihat mak sudah bersiap kerana aku sudah memberitahunya sejak dari semalam yang aku ingin membawa mak dan adik ke Bahau. Sementara menanti adik aku pulang dari sekolah, aku pun mandi, solat dan bersiap sedia. Sepulangnya adik ke rumah, kami pun bergerak menuju ke Bahau. Sungguh bahagia rasanya dapat berjalan-jalan menghilangkan tekanan di tempat kerja. Dulu ayah selalu bawa kami ke Bahau kerana ayah aku berasal dari Kampung Jambu Lapan Bahau. Ayah selalu bercerita tentang asal usul kami supaya kami tidak lupa akan kewujudan kami.
Masih ku ingat setiap kata-kata ayah yang menyatakan bahawa moyong kami datang ke tanah melayu mengiringi raja melewar ketika undang berempat di negeri Sembilan menjemput raja melewar menjadi yang dipertuan besar negeri Sembilan. Kata ayah lagi, saudara mara kami banyak di Kundur, Rembau tapi aku tidak kenal mereka. Ayah Cuma sempat memperkenalkan kami dengan sepupunya yang kami panggil Mak Ngah kebetulan tinggal di Palong 4 tidak jauh dari rumah kami.
Ayah seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak. Aku akui tanpa ayah dan ketegasan ayah, tidak mungkin aku berada di mana aku berada sekarang. Walaupun aku berada di kelas tercorot ketika tahun 1 kerana tidak bersekolah tadika, namun dengan ketegasan dan perhatian ayah, aku tetap dapat letakkan diri aku diantara murid terbaik kelas tersebut.

7 comments:

  1. lor.. gua ta bace episod sblm ni..

    ReplyDelete
  2. best2.....x sabar2 nak tunggu detik masa kita gaduh pasal kes Haslinda masa form 5 dulu...hahahaah.....

    ReplyDelete
  3. tunggu......tingkatan 5 tahun 2002..lambat lagik tu..hehe

    ReplyDelete
  4. ko mmg pndai dr sekolah rendah..walopon aku tak penah satu kelas dgn ko..tp aku tau ko mmg cerdik...

    ReplyDelete
  5. jee..xde la cerdik pun..cukup makan je..hehehehe...kalau cerdik..aku dah dapat 8A1 dah..hehehe

    ReplyDelete