******************************************************************************************
Mac 1991
“Amy, hutang yuran awak dulu kecil, sekarang sudah jadi besar ni” guru tadikaku melukis gambar empat segi besar dan kecil. Aku sangat malu dengan rakan-rakan sekelasku. Ketika itu baru tiga bulan aku bersekolah di Tabika KEMAS Palong 4, 5 dan 6. Aku akui ayah dan emak tidak cukup wang untuk membayar yuran bulanan sekolah aku. Tapi waktu itu apa yang budak enam tahun seperti aku dapat buat?
“Ingat Amy, kalau esok awak tak bayar jugak yuran bulanan awak yang sudah tertunggak tiga bulan, jangan datang ke sekolah” kata cikgu Ani lagi.
“ Baik cikgu”
“Baiklah murid-murid, awak semua boleh balik sekarang”
Kami semua bergerak ke rumah masing-masing. Sampai di rumah, aku termenung menanti kepulangan bapaku dari menoreh. Selepas makan tengahari, aku beranikan diri berjumpa ayahku.
“Ayah, cikgu cakap, hutang yuran dah jadi besar ni” kataku sambil menggerakkan tangan membuat bulatan besar.
“Cikgu cakap lagi, kalau tak bayar jugak, jangan datang sekolah. Kaklang tak nak sekolah la ayah. Esok kaklang tak payah pegi ye ayah” kataku lagi
Ku lihat raut wajah ayah yang sayu apabila mendengar kata-kataku. Bermula hari itu, aku tidak lagi bersekolah tadika. Aku hanya duduk di rumah membantu mak dan ayah dan bermain. Pada ketika itu aku tidak kisah walaupun tidak bersekolah, bukannya sebab aku tidak mahu bersekolah tapi aku seolah-olah faham akan masalah yang kami sekeluarga hadapi. Tahun tersebut merupakan tahun yang penuh getir bagi kami.
******************************************************************************************
btol ke cikgu ani ckp mcm tue..aku pon teringat ms aku susah dulu....;'(
ReplyDeletebetul..itu je yang paling aku ingat pasal sekolah tadika...dgn masa amik sijil..nanti aku upload
ReplyDeleteko cite la lg amy...aku tnggu entry seterusnye...bgus gak ko cite mcm ni..aku pun tekenang kisah2 susah aku dulu..tak pe la..sbb kite susah la kite bejaya smpi hr nie..
ReplyDeletexpelah, sume tu ada hikmahnya...now ko pun dh berjaya kan....
ReplyDeletetu lah suham...memang tu wat kita betekad nk bejaya
ReplyDelete