*********************************************************************
Disember 1991
“Mane Angah ni…Lambat tul, tadi orang taknak pegi dia ajak sangat” Aku bermonolog sambil menunggu kakakku di bawah pokok di hadapan Sekolah Tabika Kemas. Sebenarnya, kakakku sedang mengambil sijil dan barang-barang lain yang akan diperoleh murid yang tamat belajar di tabika tersebut. Minggu lepas, ayah aku diberitahu walaupun aku Cuma bersekolah tiga bulan, tetapi aku tetap akan memperoleh sijil tabika. Jadi hari ini, aku datang dengan kakakku untuk mengambil sijil tersebut. Sebenarnya, aku tidak mahu mengambil sijil tersebut, kerana bagi aku, aku tidak bersekolah disitu, aku tidak layak dapat sijil itu. Jadi itu lah sebabnya sekarang ni aku tengah menunggu di bawah pokok ditepi jalan.
“Dah la banyak van berlangsir ni, cepat la sikit agaknya. Takkan lama sangat ambik sijil tu” Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang orang menculik kanak-kanak untuk dijual di Siam dan orang yang menculik itu menggunakan van yang mempunyai langsir. Aku sangat takut melihat van yang mempunyai langsir.
“Lang, jom la naik…Cikgu Ani ajak kau naik sebab ada jamuan sekali..jom la” tiba-tiba kakakku menegur dari belakang
“Taknak la..kalau kau nak pegi jamuan tu, kau pegi la..tapi jangan lambat sangat..aku takut duduk kat sini” Aku masih lagi dengan kedegilanku
“Okey, kau tunggu sini kejap ye” kakakku terus berlalu
Setelah hampir setengah jam, kakakku muncul dengan sijil sekolah tabika aku dan juga barang-barang lain seperti pensil, pemadam, pembaris, gunting dan pensil warna. Walaupun aku tidak mahu mengambil sijil tabika, namun aku teruja melihat alat tulis tersebut kerana kami tidak mampu memilikinya, jadi apabila ada depan mata, aku sangat seronok….
*********************************************************************
dulu mmg popular kes culik2 ni.....
ReplyDeletetau xpe..
ReplyDelete