Followers

Wednesday, August 18, 2010

Pulanglah Berhari Raya

Apsal awal sangat aku nk raya eh?
bukan..tadi selepas isyak...sebelum terawih, seperti biasa masjid palong 5, imamnya akan bacakan nama-nama untuk tahlil dan pengumuman....
tadi ade seorang pakcik tu ada 2 hajat..satu untuk tahlil ahli keluarganya yang dah meninggal dunia..hajat kedua pakcik tu buat aku mengalirkan air mata...
pakcik tu mintak tolong imam, ajk masjid, ahli-ahli kariah dan jemaah yang hadir untuk mendoakan supaya Allah melembutkan dan membukakan pintu hati anak perempuannya yang merupakan ibu tunggal supaya pulang berjumpa ayah dan bonda berhari raya tahun ni..kerana anaknya tu dah 10 bulan tak balik kampung.....
mesti pakcik tu dan isterinya sedih dan rindu sangat anaknya...kalau anaknya tak balik 10 bulan tapi sentiasa hantar khabar berita xpe jugak..ini...pakcik tu dah 10 bulan xtau keadaan anak dan cucunya..dimana..tak tau..sihat ke tidak...seperti hilang macam tu je..kesian pakcik tu..moga Allah makbulkan doa pakcik tu semoga anak dan cucunya pulang ke kampung tahun ni...aminnnn

No comments:

Post a Comment