Followers

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

hmm..lewat skit aku punya entry ni sebab malam tadi tetido awal..hahaha..pagi ni plak cari mood..baru la skang ni ade mood nak menaip entry pasal merdeka ni..rasanya masih tak terlambat lagik sebab kita ni masih merdeka dan menyambutnya setiap tahun untuk memperingati pejuang-pejuang negara yang telah memerdekan negara kita setelah Tanah Melayu ni dijajah dari tahun 1511 bila portugis datang ke tanah melayu..mula menduduki melaka..kemudian belanda pulak datang..pastu datang plak british..lama betul kita dijajah..
berapa tahun kita dijajah? dari 1511 sampai 1957..dalam tempoh tu pelbagai pihak datang menjajah kita, termasuklah jepun...
bersyukur la..kita lahir di bumi Malaysia yang merdeka..aman...hidup harmoni..bersama-sama la kita menjaga bumi ini..
aku nak cite lelebih takut tesalah fakta sejarah..kang jadi isu plak..apa kata korang bukak web ni..sume korang boleh tau..ingat2 balik apa yang kita belajar kat sekolah dulu...
 okey..tema kemerdekaan tahun ini ialah.......................

1 Malaysia Menjana Transformasi
 

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Sunday, August 29, 2010

nuff ku sayang...hehehe

hye...salam ramadhan..hehehe..baik je intro ari ni..puasa la..hehehe...dah 2 hari aku tak update blog n jengok aku punya nuff sebab aku pegi tampin dari jumaat n baru pagi tadi balik umah...sampai-sampai je..aku jengok nuff aku..ade gak peningkatan kat aku pnya BE....walaupun tak cukup untuk aku dibayar lagi..tapi ok la..ade pningkatan..
TIME KASIH KEPADA SUME FOLLOWER N SUME YANG MENJENGOK BLOG AKU N KLIK AKU PUNYA NUFF ADD...
sebenarnya..kalau ade banyak dapat BE tu leh wat duit betunang..uik..cukup ke..hehehe..boleh la menambah kan..aku bukan nak betunang skarang pun..cuma menympan je dulu..oppss..melencong plak dah...
oklah..pasal nuff aku...ni aku punya be..thanks a lot..

pastu aku tgk sape yang jengok blog aku..ade satu dari vietnam..sape la tuh kan..mungkin sesat kot..tapi tak kisah la..
time kasih kepada sume..salam ramadhan.... love u all...

Thursday, August 26, 2010

Xraya la aku jawabnya...

Semalam...hehehe..sebenarnya memang nk post semalam pun tapi last minute aku tetido...hahaha..langsung x post..so ni la baru nak wat entry tuk semalam punya...
semalam aku konon-konon nak balik sharp kul 1.05pm tapi last-last kul 1.36 gak aku balik..sebab aku banyak urusan semalam..masa kat sekolah, aku sibuk siapkan senarai nama budak n surat-surat untk hantar ke PPD Tampin untuk lawatan bulan 10 ni..pastu bila setel sume..kuar je sekolah, aku terus menuju ke Tampin..destinasi pertama ialah BANK..hahaha..mesti kene g bank dulu papepun..
pas kuar duit..sambil2 tu teringat bajet aku..aduisss...memang xleh joli pun..pastu aku terus anta borang n surat ke PPD then destinasi seterusnya...PERODUA..nak amik aku punya ROADTAX n INSURAN kete...husss semangat..terus bagi separuh dari gaji aku ke akak tu...pastu asingkan duit ansuran kete..dah tinggal bape je gaji aku ni..penin2.....
Teringat plak kuih-kuih raya yang aku order tanpa sedar dirinya kat sekolah..asal sedap je aku terus letak nama nak order..hmmm..memang xde la aku nak beraya tu...
then..terus gerak ke seremban untuk amik ubat aku..masa nak balik..jumpa rose kejap anta buku dia..then masa sampai tanjung ipoh..akak aku call cakap ade duit raya 5oo..yeke..pastu aku dengar dalam berita radio..RM500 untuk penjawat awam n pesara kerajaan...fuhhh..lega....boleh la bagi duit raya kat adik n anak buah..kalau x...aku menyorok dalam bilik la jawabnya raya ni..xkeluar2 rumah..hahha..
terima kasih la kepada kerajaan Malaysia sebab bagi duit raya tu..walaupun 500 je..mungkin ade yg cakap sikit..tapi besar ertinya bagi aku yg dah bayar insuran kete nih..hehehe...dah boleh rayaa dah..yahuuuuu....

on the way nak balik tuh..sempat la jugak aku snap beberapa keping gambar..hahaha..ade satu awan tu kat kuala pilah macam mulut monster...


macam mulut monster kan?...k la..see u next entry...

p/s: memang dah tebiat aku tangkap gambar masa bawak kete..nak wat camne...

Wednesday, August 25, 2010

Its My Life~Episode 4


*********************************************************************
Disember 1991
“Mane Angah ni…Lambat tul, tadi orang taknak pegi dia ajak sangat” Aku bermonolog sambil menunggu kakakku di bawah pokok di hadapan Sekolah Tabika Kemas. Sebenarnya, kakakku sedang mengambil sijil dan barang-barang lain yang akan diperoleh murid yang tamat belajar di tabika tersebut. Minggu lepas, ayah aku diberitahu walaupun aku Cuma bersekolah tiga bulan, tetapi aku tetap akan memperoleh sijil tabika. Jadi hari ini, aku datang dengan kakakku untuk mengambil sijil tersebut. Sebenarnya, aku tidak mahu mengambil sijil tersebut, kerana bagi aku, aku tidak bersekolah disitu, aku tidak layak dapat sijil itu. Jadi itu lah sebabnya sekarang ni aku tengah menunggu di bawah pokok ditepi jalan.
“Dah la banyak van berlangsir ni, cepat la sikit agaknya. Takkan lama sangat ambik sijil tu” Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang orang menculik kanak-kanak untuk dijual di Siam dan orang yang menculik itu menggunakan van yang mempunyai langsir. Aku sangat takut melihat van yang mempunyai langsir.
“Lang, jom la naik…Cikgu Ani ajak kau naik sebab ada jamuan sekali..jom la” tiba-tiba kakakku menegur dari belakang
“Taknak la..kalau kau nak pegi jamuan tu, kau pegi la..tapi jangan lambat sangat..aku takut duduk kat sini” Aku masih lagi dengan kedegilanku
“Okey, kau tunggu sini kejap ye” kakakku terus berlalu
Setelah hampir setengah jam, kakakku muncul dengan sijil sekolah tabika aku dan juga barang-barang lain seperti pensil, pemadam, pembaris, gunting dan pensil warna. Walaupun aku tidak mahu mengambil sijil tabika, namun aku teruja melihat alat tulis tersebut kerana kami tidak mampu memilikinya, jadi apabila ada depan mata, aku sangat seronok….
*********************************************************************

Sunday, August 22, 2010

Its My Life~Episode 3


“Amy, tadi kata nak balik? Ni dah pukul 1.50 petang dah ni.” Suara Kak Laila memecah lamunanku. Aku terus mengesat air mata yang mengalir tanpa kusedari
“Nak balik la ni kak..hehehe..saya balik dulu ye” kataku sambil menunjukkan barisan gigiku seperti kerang busuk.
          Dengan bersemangat aku pun menuju ke kereta Myvi kesayanganku. Aku panggil kereta aku ni “Baby”. Kadang kala dalam kereta, aku berbual dengan “baby”. Kalau orang Nampak mesti dia ingat aku gila. Tapi entahlah aku rasa seperti”baby” faham segalanya walaupun dia Cuma mesin ciptaan manusia.
          Hingga ke saat ini, aku masih bagaikan tidak percaya yang aku sudah mempunyai pendapatan sendiri dan sudah mempunyai eset iaitu sebuah kereta Myvi. Ianya bagaikan mimpi yang selalu aku impikan sejak dari kecil. Ada dua lagi impian aku yang masih belum tercapai iaitu ingin memiliki sebuah rumah dan menghantar ibu dan bapa aku mengerjakan haji di tanah suci.
          Setibanya di rumah, ku lihat mak sudah bersiap kerana aku sudah memberitahunya sejak dari semalam yang aku ingin membawa mak dan adik ke Bahau. Sementara menanti adik aku pulang dari sekolah, aku pun mandi, solat dan bersiap sedia. Sepulangnya adik ke rumah, kami pun bergerak menuju ke Bahau. Sungguh bahagia rasanya dapat berjalan-jalan menghilangkan tekanan di tempat kerja. Dulu ayah selalu bawa kami ke Bahau kerana ayah aku berasal dari Kampung Jambu Lapan Bahau. Ayah selalu bercerita tentang asal usul kami supaya kami tidak lupa akan kewujudan kami.
Masih ku ingat setiap kata-kata ayah yang menyatakan bahawa moyong kami datang ke tanah melayu mengiringi raja melewar ketika undang berempat di negeri Sembilan menjemput raja melewar menjadi yang dipertuan besar negeri Sembilan. Kata ayah lagi, saudara mara kami banyak di Kundur, Rembau tapi aku tidak kenal mereka. Ayah Cuma sempat memperkenalkan kami dengan sepupunya yang kami panggil Mak Ngah kebetulan tinggal di Palong 4 tidak jauh dari rumah kami.
Ayah seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak. Aku akui tanpa ayah dan ketegasan ayah, tidak mungkin aku berada di mana aku berada sekarang. Walaupun aku berada di kelas tercorot ketika tahun 1 kerana tidak bersekolah tadika, namun dengan ketegasan dan perhatian ayah, aku tetap dapat letakkan diri aku diantara murid terbaik kelas tersebut.

Amyza??how come??

mesti ade yg tepikir apsal aku guna nama amyza???nak carik glamor ke???
oppsss....n kenapa nama blog aku asyik berubah??
hmmm
ok..first about my name..why amyza?
b'coz my name is Amy Rosmiza..so aku amik depan n belakang nama aku = Amyza...
aku pun macam dah serasi guna amyza untuk dunia maya ni...
bukannya aku giler glamor tau..it is my name..blog ni pun kisah hidup aku..n aku pun ade tulis tentang real story of my life in this blog...

yang kedua pasal apa nama blog aku asyik berubah??..
masa memula aku wat blog ni nama blog aku ialah kehidupanku..so..aku tukar to english as It's My Life..then..beberapa bulan lepas..aku terjumpa satu blog yang sama nama dgn blog aku..xde beza langsung.. It's My Life  Jugak...so..i decided to change my blog name..tapi sebab aku nak wat blog yang mengisahkan aku..aku tukar jadi My Life as Amy..it is my name right..aku nak mintak maaf kalau nama baru tu ade iras or dekat2 dengan nama blog sape2..maaf sangat2..aku memang xsedar..so..untuk tak mengecilkan ati sesape..aku guna my maya name ... My Life As Amyza...so...hopefully this will last 4 ever...ok..di bulan baik ni aku nak mintak maaf kalau ade yang xsuka aku tukar nama tu..maaf ye...

Saturday, August 21, 2010

Hiasan Kubur...

Kalau korang pegi kat tanah perkuburan islam palong 5, korang akan nampak satu kubur yang cuma ade batu nisan dan pkok kecil...
"hmmmm..kubur sape tu ye..kenapa family dia xbuat macam kubur orang lain?xde duit sangat ke??" mesti akan ada yang terfikir macam tu..
ok..itu kubur arwah ayah aku..kenapa kami tak buat batu2??sebab amanat arwah yang xanak kuburnya sarat dengan batu..actually kalau banyak batu2 kat kubur...xbrape mengikut ajaran islam...
ini...
aku 
ambil
dari
laman web INI 
tentang larangan menghias kubur....

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..

jadinya..macam mane ek?xbuat..kubur ayah aku seolah2 tak terjaga..nak buat x boleh...

fikir2kan...


Friday, August 20, 2010

Lucky Draw GA

 thanks A lot to Ces't La Vie yang invite aku join GA ni..GA ni from blog Sooper Dooper kawaii Mommy & Lil' One

Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones


apa yang wat aku tertarik nak join GA ni ialah sebab hadiah dia ialah beg strawbery.
beg ni first time aku tgk kat akak aku coz ade kawan dia g cameron highland n bagi dia beg tu...hehehe...beg tu macam talam dua muka..oppss..bukan macam split personality..oppss..bukan jugak..macam apa ek..hmmm..hmmm..haaaa..multipurpose...
sebab boleh jadi buah n boleh jadik beg,..hehehe..best2
 **
 **
 **
so..harapnya ada luck la eh....hehehe..
jom join GA ni...
jom join...

Thursday, August 19, 2010

Its My Life~Episode 2


******************************************************************************************
Mac 1991
“Amy, hutang yuran awak dulu kecil, sekarang sudah jadi besar ni” guru tadikaku melukis gambar empat segi besar dan kecil. Aku sangat malu dengan rakan-rakan sekelasku. Ketika itu baru tiga bulan aku bersekolah di Tabika KEMAS Palong 4, 5 dan 6. Aku akui ayah dan emak tidak cukup wang untuk membayar yuran bulanan sekolah aku. Tapi waktu itu apa yang budak enam tahun seperti aku dapat buat?


“Ingat Amy, kalau esok awak tak bayar jugak yuran bulanan awak yang sudah tertunggak tiga bulan, jangan datang ke sekolah” kata cikgu Ani lagi.
“ Baik cikgu”
“Baiklah murid-murid, awak semua boleh balik sekarang”
Kami semua bergerak ke rumah masing-masing. Sampai di rumah, aku termenung menanti kepulangan bapaku dari menoreh. Selepas makan tengahari, aku beranikan diri berjumpa ayahku.
“Ayah, cikgu cakap, hutang yuran dah jadi besar ni” kataku sambil menggerakkan tangan membuat bulatan besar.
“Cikgu cakap lagi, kalau tak bayar jugak, jangan datang sekolah. Kaklang tak nak sekolah la ayah. Esok kaklang tak payah pegi ye ayah” kataku lagi
Ku lihat raut wajah ayah yang sayu apabila mendengar kata-kataku. Bermula hari itu, aku tidak lagi bersekolah tadika. Aku hanya duduk di rumah membantu mak dan ayah dan bermain. Pada ketika itu aku tidak kisah walaupun tidak bersekolah, bukannya sebab aku tidak mahu bersekolah tapi aku seolah-olah faham akan masalah yang kami sekeluarga hadapi. Tahun tersebut merupakan tahun yang penuh getir bagi kami.
******************************************************************************************

Wednesday, August 18, 2010

Pulanglah Berhari Raya

Apsal awal sangat aku nk raya eh?
bukan..tadi selepas isyak...sebelum terawih, seperti biasa masjid palong 5, imamnya akan bacakan nama-nama untuk tahlil dan pengumuman....
tadi ade seorang pakcik tu ada 2 hajat..satu untuk tahlil ahli keluarganya yang dah meninggal dunia..hajat kedua pakcik tu buat aku mengalirkan air mata...
pakcik tu mintak tolong imam, ajk masjid, ahli-ahli kariah dan jemaah yang hadir untuk mendoakan supaya Allah melembutkan dan membukakan pintu hati anak perempuannya yang merupakan ibu tunggal supaya pulang berjumpa ayah dan bonda berhari raya tahun ni..kerana anaknya tu dah 10 bulan tak balik kampung.....
mesti pakcik tu dan isterinya sedih dan rindu sangat anaknya...kalau anaknya tak balik 10 bulan tapi sentiasa hantar khabar berita xpe jugak..ini...pakcik tu dah 10 bulan xtau keadaan anak dan cucunya..dimana..tak tau..sihat ke tidak...seperti hilang macam tu je..kesian pakcik tu..moga Allah makbulkan doa pakcik tu semoga anak dan cucunya pulang ke kampung tahun ni...aminnnn

Its My Life~Episode 1


Feb 2010
Hari ini sudah dua bulan aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah ‘RKTP’. Ketika pertama kali aku menjejakkan kaki aku di tanah Sungai Kelamah ini, aku terkejut dengan suasananya. Bukan apa, aku ingatkan sekolah ini cuma ada satu sahaja bangunan. Rupa-rupanya murid-murid belajar di dalam kabin kerana sekolah ini masih lagi dalam proses pembinaan bangunan baharu. Di sini aku rapat dengan Kak Laila yang baharu sahaja berpindah dari Kuala Lumpur kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai kaunselor di SMK Jelai (F). Dengan Kak Laila aku berkongsi semuanya, dengan mudah aku akan menceritakan segalanya kepada Kak Laila. Lagipun kami memang duduk bersebelahan dalam bilik guru.
“Kak.. saya nak balik on time hari nih..hehehe..hari ni gaji saya nak keluar” Aku memberitahu Kak Laila tentang rancanganku untuk balik awal hari ni..yela..hari ni gaji first aku sebagai guru terlatih keluar. Tak sabar rasanya nak bawak mak dengan adik ke bahau dan belanja makan. Aku selalu berangan untuk buat macam-macam perkara supaya mak aku hidup senang. Inilah masanya untuk aku buktikan. Sementara menunggu waktu balik, aku duduk termenung di mejaku…

Bersambung......

Apsal kau nak sentap plak??

uishh..xpaham tul la aku..ade la hamba Allah ni..tengah aku serius untuk satu perkara yang sangat serius..dia wat lawak..oii..mane orang leh terima lawak kau yang ntah pape ntah masa saat-saat genting macam ni..bila aku jawab..kau sentap plak...apaaa daa....tu la dia manusia...dia wat orang sakit ati bleh..tapi kalau kita balas..dia nak sentap lebih2...lantak la kau....
bila aku cakap..kau cakap kalau xleh gurau duk surau..hey..beb...ingatla..hidup ni x semuanya boleh diselesaikan dengan lawak bodoh kau tu..penat aku sabar..kau asyik nak attack aku je..mentang2 aku orang baru...kau ingat la..bini kau tu mengandung..kang anak kau tekenan muka aku baru kau tau nasib kau..masa tu la kau sedar langit tu tinggi ke rendah....Tuhan tu Maha Adil...

Monday, August 16, 2010

New Game in FB

sekarang ni..selain blogging..aku dah "sibuk" bermain new game bg aku la kat FB..nama game ni frontier ville..kira lebih kurang macam FV tapi game yang ni dia mencabar sikit..sebab masa first time play tu..kita akan dapat satu kawasan hutan yang mana kita kene bersihkan dan baru la boleh bercucuk tanam..tapi yang mencabarnya..masa kita membersihkan kawasan..akan ade musang, ular, beruang, groundhog keluar dan kita kene halau binatang2 tu...dan kalau kita dah buang pokok n rumput2..lama2 kalau kita x jengok2...dia akan tumbuh balik..hehehe..x la bosan sangat...

yang paling mencabar bila kita kene completekan task yang diberi..n sampai satu tahap..kita akan ade spause..then..ade baby..hehehe..lebih kurang macam the sim la..agak menarik..hehehe...kalau korang berminat leh la try untuk menghilangkan kebosanan...


ni la aku punya homestead...hehehe...xsusun lagik..

Sunday, August 15, 2010

Its My Life...


Gambar di atas diedit menggunakan adobe photoshop..

Sekarang ni..aku tengah mengarang cerpen hidupku..semua tentang diri aku..bila baca tu..korang akan tau segalanya tentang kisah hidup aku..yeee...aku tau nanti dah xprivate..tapi entah kenapa aku nak sangat tulis..nak kongsi kisah hidup aku yang susah masa kecik n sampai la aku dapat jadi macam skang ni..mungkin boleh dijadikan pedoman..entah la...yang pastinya..semua yang aku ade hari ni sebab ayah aku...itu yg aku nak kongsi sebenarnya...
hopefully...u all will like it...nantikan...

Saturday, August 14, 2010

Contest Happy Moment

Selamat pagi..Assalamualaikum....
hari ni aku nak join satu contest..nama contest ni happy moment contest..contest ni host oleh ayuni84 - muslimah ladies

Photobucket

Syarat-syarat penyertaan..sume telah dipenuhi...
tarikh tutp penyertaan ialah pada 26 September..this is another reason why i want to enter this contest because 26 september is my birthday..hehehe..hopefully luck on my side

bila nampak contest ni..aku teringat masa aku dinner kpli tahun lepas..dengan rakan-rakan seunit..mentor kami..memang saat yang indah..gembira sangat masa tu..pertama gembira sebab kami dah berjaya habiskan kursus selama setahun..kedua sebab tempoh setahun tu telah menjadikan kami rapat seperti adik beradik..
dalam gambar ni..aku yg belakang bertudung biru..

this is a happy moment  for me...girls..miss u all....
i want to tag suhami and ika

Friday, August 13, 2010

Ya Allah..Hanya padaMU aku berserah..

saat dan tika ini..aku sangat lemah minda dan hati..Ya Allah..kuatkanlah.semangatku hadapi segalanya..lindungilah kami..aku dan keluargaku...lindungilah kami dari iblis dan jin..dari sifat jahat manusia...
aku tak tau nk luah kat mane perasaan aku yg kacau skang ni..hanya blog ni sahaja yang dapat membantu...
bagi yang membaca..doakanlah keselamatan dan kesejahteraan kami...semoga semuanya berjalan seperti yang diharapkan...aminnn....
dengan berkat bulan yang penuh kemuliaan ini..aku berserah padaMU Ya Allah....

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan~First Day

Assalamualaikum...

 ni aku belajar dgn cikgu din camne nak wat..nice x?

heheheh..puasa ni mode tu baik je...hari ni dah mula puasa n in fact jap lagi dah nak berbuka dah...saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Followers saya n semua yang Membaca blog saya...semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik sepanjang ramadhan ini..jika ade entry dalam blog saya ini yang menyinggung perasaan anda...saya mohon kemaafan...

okeh....now..lets talk about my first day in ramadhan...today's class went by smoothly..masa kelas PJK tadi aku dah jadi cam bosan lak asyik murid wat poster je..so for today's topic iaitu cara bantu mula untuk kecederaan ringan, aku suh diorg duk dalam 3 groups then  give them one injury..in group they discuss on how to do bantu mula..then..diorang kene lakonkan macam mane nak wat..hahaha...quite fun la..memang fun..kelas yang lagi dua english n science..ok je..tapi hari ni aku cam baik je sampai ade budak tahun 3 masa kelas english cakap "hari ni cikgu baik je..slalu garang"..hahaha..garang ke aku..hahaha...biasa la aku cuba kontrol diri supaya x menyinga..diorang wat salah pun aku cool lagi..hari ni la..esok tak tau la..hahaah

masa nak balik tadi aku carik kak Laila sebab nak tanya tentang nasyid guru jumaat ni..aku tengok kereta ade tapi dah abis satu sekolah aku round xde jugak kak laila..so lastly..aku call la..tanya akak kat mane..upenya hubby dia datang..n dia kuar ngan hubby dia x bawak kte...aku plak ingat kak laila balik jalan kaki..hahahaha.

pastu aku g avon beli barang avon order kak laila ngan kak kiah..masa nak balik dah sampai pasir besar,..ade xcident plak kat jalan pasir besar paling 1..kete wira warne silver dah masuk gaung..masa aku lalu orang tu suh aku benti cos tow trak nk tarik kuar kete tu..aku dah tutup mata dah..aku takut..nasik bek pastu dia suh aku jalan..selamat....
takut beb..kalau darah2 aku boleh muntah kat situ jugak..bukannya aku takut darah tapi kalau darah ngeri cam dalam fb kawan abg ipar aku tuh aku takut mane tak takut kalau lengn putus..muka dah robek..uishh..jgn buat pasal
opss..dah nak bebuka ni..ok la..sampai sini je la ok...selamat berpuasa n berbuka :)

Tuesday, August 10, 2010

Berandoi ~ My nieces

hmm..sebenarnya ahad ari tu anak buah aku berandoi..dari ari tu nak tulis tapi xde mood n xlarat nak menaip panjang-panjang.so skang ni ade la mood untuk kembali menghidupkan blog aku yang rupanya dah semakin nazak ni...
berandoi ni rupenya xsemua negeri ade wat..aku ingatkan semua negeri..baru tadi aku tau bila ade kakak sekerja ngan aku bgtau..

sebelum aku tunjukkan gambar masa majlis berandoi dua anak buah aku yang comey2 ni..jom la baca dulu info tentang berandoi..sebab ramai orang tak tau tentang adat ni kan..info ni aku dapat dari laman web InfoMaya [klik sini]

"Adat berandoi merupakan satu upacara yang amat terkenal di Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain sempena menyambut kelahiran anak. Biasanya adat ini dilakukan bersama dengan upacara bercukur jambul (memangkeh jambul). Dalam upacara berandoi, ia dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan bacaan berzanji. Semasa selawat dibacakan, upacara bercukur jambul akan berjalan.

Selepas selesai bacaan berzanji dan bercukur jambul, barulah bermula pula adat berandoi. Ketika ini bayi akan diletakkan di dalam buaian yang dihias cantik dan akan didodoikan dengan alunan qasidah dan nasyid yang liriknya merupakan pantun yang berbentuk nasihat.

Ia bermula dengan menceritakan proses kelahiran seorang bayi sehinggalah ia dilahirkan ke dunia. Selepas itu akan disebut pula susah payah ibu bapa memelihara anak bagaikan menatang minyak yang penuh. Lirik ini mengajar anak betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa ketika mendidik kita semasa kecil. Ia turut diikuti dengan galakan menuntut ilmu pengetahuan.

Akhir sekali alunan berandoi akan mendoakan kesejahteraan bayi supaya umurnya terisi dengan kebaikan dan dijauhkan daripada segala kejahatan.

Pantun dan gurindam yang dialunkan semasa berandoi ini bolehlah dianggap seni yang dihiasi pengaruh Islam. Ia dikarang dengan cermat oleh orang dahulu sehingga kita yang membacanya turut tersentuh dengan nasihat yang diberikan.

Diperturunkan di bawah ini pantun-pantun yang dialunkan semasa berandoi yang liriknya amat mengesankan jiwa:

Bismillah itu permulaan nama
Keadaan zatnya bersama-sama
Menzahirkan sifat menyatakan asmak
Khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam
Asal yang wahi nurul khatam
Dipecahkan empat zahirnya Adam
Dipecahkan pula sekalian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu
Empat puluh hari nutfah namamu
Lapan puluh hari alakah namamu
Seratus dua puluh hari masfah namamu

Empat bulan sampailah tuan
Sudah menjadi kaki dan tangan
Cukuplah dengan sifat sekalian
Nyawanya belum lagi didatangkan

Sampailah sudah saat dan waktu
Datanglah nyawa lalu bersatu
Di dalam tubuh tempatnya itu
Hawa dan nafsu sudah berlalu

Dikandungkan ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Melahirkan dikau beberapa kesakitan
Beberapalah pantang minum dan juga makan

Tatkalalah engkau jatuh ke lantai
Dengan segera bidan mencapai
Sudah dimandikan lalu dipakai
Tinggallah ibumu lemah gemalai

Sudah dipakaikan lalu diqamat
Mintalah doa supaya selamat
Ingatlah pesan Nabi Muhammad
Di atas dunia beramal ibadat

Wahailah anak jangan engkau bantah
Dzahirkan engkau sangatlah susah
Dialih ke kiri ke kanan pun basah
Habis berlumur kencing dan muntah

Setelah lah kamu sudahlah ada
Siang dan malam ibumu berjaga
Tidurpun tidak barang seketika
Makan dan minumpun tiada terasa

Tiadalah tentu siang dan malam
Tidurpun tidak dapat di tilam
Terkejut terjaga di tengah malam
Bangkit memangku di dalam kelam

Apabila engkau dapat berbilang
Disuruh mengaji berulang-ulang
Ke rumah gurumu tempat berulang
Pagi dan petang jangan engkau selang

Wahailah anak kami berpesan
Kepada engkau di dalam buaian
Ibu bapamu jangan dilawan
jangan mengikut iblis dan syaitan

Apabila dewasa disuruh sembahyang
Engkau doakan siang dan malam
Sembahyang jangan dicampak dibuang
Dikutuknya Tuhan bukan kepalang

Ya Allah Malikul Adzah
Budaknya ini besarkan tuah
Siang dan malam makin bertambah
Sehinggalah sampai ia berpindah

Wahailah anak kami buaikan
Engkau ini kami doakan
Umur yang pendek minta panjangkan
Rezeki yang halal minta murahkan

Ya Allah Malikul Adzabi
Budaknya ini murahkan rezeki
Sejukkan badan terangkan hati
Limpah dan makmur sehari-hari

Ya Allah Malikul Jabar
Budaknya ini cepatlah besar
Jauhkan daripada perkara yang mungkar
Dari kecil sampai ke besar

Ya Allah Malikul Azati
Budaknya ini tetapkan hati
Minta kurniakan pangkat yang tinggi
Di dunia akhirat beroleh terpuji

Ya Allah Malikul Rahman
Budaknya ini tetapkan iman
Beramal ibadat minta kuatkan
Syaitan dan iblis minta jauhkan

Ya Allah Malikul Wahhab
Budaknya ini jauhkan azab
Minta makbulkan doa mustajab
Siang dan malam memohonkan harap

Ya Allah Malikul Mannan
Doakan dia minta diperkenan
Siang dan malam sepanjang zaman
Bala dan fitnah minta jauhkan

Selesailah sudah kami membuaikan
Sanak saudara kami raikan
Setelah kami minta doakan
Supaya terang anak budiman

Ya Allah Tuhan yang kudrat
Jauhkan kami daripada maksiat
Minta panjangkan dunia akhirat
Alhamdulillah andoipun tamat

Minta panjangkan dunia akhirat
Alhamdulillah andoipun tamat."
itu la secara overall tentang berandoi dan itu la yang  berjalan kat umah aku ahad lepas..so inilah gambarnya tentang majlis tu..comel kan anak buah aku..hahaha
buaian yang dihias oleh aku..hahah
Fira n Aleesya dalam buaian

Aleesya Small happy family

fira yang comel dan mamanya yang mendukung aleesya..kuat jeles upenya fira tu..nampak x tangan dia kat tepi tu yang tarik mama dia bila mama di begambar ngan aleesya..hehhee...

Sunday, August 8, 2010

penatnyaaa...

penatnya hari ni selepas majlis akikah n potong jambul anak buah aku..dari semlam..penat tul sampai dah 2 kelas tekwando aku ponteng sebab kenduri ni..nanti esok aku upload n cite panjang lebar ek..skang ni nk siapkan keje sekolah aku dulu..babai.. :)

Wondering....

why???
aku slalu pikir why???knp???
kenapa dalam dunia ni ade laki yang nak lebih dari satu awek??knp??
kenapa pompuan walaupun dah tau laki tu dah ade awek/ isteri still lagi nak melayan??still lagi nak menggedik??
aku xpaham la..kenapa bengong sangat orang tu?aku xpaham sungguh la..pompuan gedik...

Friday, August 6, 2010

MooD = FlaT

hmm..aku sebenarnya xde mood 2,3 ari ni...nak blog walking pun malas je..nape entah..nasib baik ade lagi sisa saki baki mood untuk wat entry pendek untuk update blog ni...tapi aku sibuk pasang buaian untuk my sweet nieces berandoi this sunday..dah siap dah..tinggal nak hias je..nanti aku upload gambar kalau dah siap eh..k la eh..nk titon dah ni..nk layan the Nanny kat Tv jap..

Thursday, August 5, 2010

Unique class

hmm..apa yang uniknya?.....
esok aku ade kelas dengan tahun 5B yang mana sekarang ni murid 5B sume ditempatkan di dalam pusat sumber yang tiada papan tulis n murid sume kene duk atas karpet..so, how am I going to teach them science???
hmmm...
boleh je..buat je jadi macam group discussion..give one situation about the lesson's topic and then let them discuss..of coz with teacher's guidance..tapi susah jugak la sebab nak tunjukkan gambar tak dapat...so harapnya esok aku tak lupa la nak bawak ABM..tunjukkan benda maujud lagi mudah diorang nak faham kan..so..jangan pening2 amy...
dalam library ni banyak sumber..ari tu pas abis kelas dengan diorang then cikgu next tu tak masuk lagi, aku wat sesi bercerita dengan diorang..actually quite fun for me and them..hehehe...
ok la...time to sleep now...late already..kalau lambat lagi tido takut x sempat nak wat breakfast lak esok..tapi macam malas nk breakfast esok..hehehe..ok la...good nite...

p/s : perlukan tidur yang cukup untuk hari esok yang bersemangat..hehhe

Monday, August 2, 2010

Migrainkah aku??

sejak dua tiga menjak ni aku dah x boleh minum nescafe..mungkin kandungan kafeinnya tinggi sangat..kalau tak, dulu..sejak matrik itu la peneman setia aku setiap malam..dari nes biasa aku beralih kepada yang lebih kaw...n sekarang ni..setiap kali aku minum nescafe..aku akan jadi sakit pale, loya...akak aku cakap tu maknanya kene migrain...dia suh aku elak minum nes..tapi biasa la,..kalau dah namanya aku ni amy..memang degil tahap cipan bak kata org n9 "bogik".....mane nak dengar nasihat orang...siap x pecaya lagii..mane mungkin aku kene migrain..."ya..ngak mungkinlah..."

tadi aku minum la secawan nes yang caw...pehhhh..memang sedap...tapi pastu terus je pale jadi cam mengong je...g Bahau tadi pun rasa macam nak throw up...erghhhhh...tension la..aku suka la nes..mane leh tinggal..nes dan aku tidak dapat dipisahkan..tapi sampai la ni dah pukul 10.06 mlm dah 12 jam sejak aku minum nescafe pagi tadi...aku dah mengong je...rasa nak hantuk pale kat dinding je..tapi kang kalau bedarah sakit plak..hahaha..terus tak jadik hantuk pale..

macam mane ni..nescafe sangat sedap...tapi aku xleh minum dah..encik migrain akan datang kalau aku minum kamu encik nescafe...maafkan aku encik nescafe..kita terpaksa berpisah kerana aku tak nak bersama encik migrain..tidak..aku tak suka encik migrain..pegi jauh2 dari hidup aku..aku tak suka sama kamu...TAK SUKA...

p/s:selamat tinggal encik nescafe.... :(

Sunday, August 1, 2010

Anna's Birthday GA!

okay...this is another GA that i'll join today..first of all....thanks to IKA that has tagged me for this GA.....ehemm,...ehemmm..radar ok x ni..dah masuk siaran london plak..hehehe..
terima ksih kepada ika coz tag aku....

GA ni hosted by Anna....



Anna's Birthday Giveaway
(http://annazanariah.blogspot.com)
Tarikh tutup 10 August 2010 sebelum pukul 10.30 malam.


Syarat2 join GA;

1. Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA tak kira lelaki atau perempuan,
2. Wajib tempek sticky post yg comel ni kat entri U all beserta back link. *
3. Silalah letak sticker ni jugak kat side bar ek. Bukan ape, senang Anna nak mengesan nnt.
4. Tag seorang kawan anda.

5. Dah siap buat entri, bgtau Anna kat komen entri k.

so..setelah semuanya beras...aku nak tag orang nih...sila la join ye.... tadaaaa...

Ney Ezzo' Giveaway

masa tengah blog walking jumpa blog ney ezzo ni n ade GA plak..terus nak join..hehehe..saje je
Give away ni bermula 31 julai - 1 ogos je..maknanya hari ni last la...syaratnya simple..
cuma

  • jadi follower blog ney ezza,
  • wat entry tentang GA ni..link ke blog ney ezza
  • tinggal link blog anta kat comment
  • letak banner GA kat entry and sidebar..that's all...
so..sume syarat dah dipenuhi
harap2 ade luck la ye..thanks

Derma darah selamatkan nyawa

hmm...aku suka derma darah..korang suka tak??orang kata kalau derma darah berat badan naik..ntah la..aku memang dah lama berat badan naik macam kene pam pun..heheheh ...masa aku tengah nak wat buku program untuk karnival kat sekolah aku semalam..(aku dah wat entry pasal karnival semalam..leh la klik kat sini ye..) aku cari pasal derma darah n jumpa slogan ni "derma darah menyelamatkan nyawa"...terus teringat kat arwah ayah aku...

masa arwah ayah aku kat hospital..aku nampak darah yang masuk dalam badan ayah aku jenis B...aku tanya mak aku darah apa...mak aku caka[ dia darah O..aku jadi pelik kalau ayah aku B, mak aku O..macam mane darah aku boleh jadi AB???then baru aku tau yg upenya ayah aku darah AB..disebabkan AB penerima pemurah..hahaha..maksudnya boleh terima sume darah tapi hanya boleh derma ke AB sahaja...makanya mungkin darah x cukup masa tu..doktor masukkan darah B kat ayah aku...

nak tau kenapa AB boleh terima sume darah??sebab dalam AB..ada A dan B..makanya boleh terima darah A dan darah B..untuk darah o pulak memang O ialah penderma pemurah..so otomatiknya AB boleh terima darah A, B dan O...bagi menderma pulak..darah AB kira macam kedekut la..dia boleh diderma kepada darah AB sahaja..sebab darah A anti B, darah B anti A..so tak boleh la....

terus aku tepikir..ayah aku yg AB dapat darah B...sedangkan mungkin ade orang B yang memerlukan darah B..terus tebukak minda dan hati aku untuk menderma darah..sebab aku tau dengan darah kita yang tak seberapa n kesakitan dicucuk jarum derma darah yang tak ubah macam kene gigit semut tu...akan dapat menyelamatkan nyawa orang lain..
doktor tengah check blood pressure orang bank rakyat yg peramah

first time aku derma darah dengan mira..mira yang ajak..dalam takut2 dengan jarum..aku temankan dia..bermula dari situ la aku mula derma darah sampai ke hari ni..tapi walaupun dah banyak kali derma aku tetap takut jarum..so...penyelesaiannya..pandang tempat lain masa orang tu cucuk jarum n fikirkan sesuatu yang boleh wat aku gembira dan ketawa..hehehe..menjadi tau petua ni...disebabkan aku ni kategori terlebih berat..makanya..450ml darah akan diderma setiap kali....bersamaan satu botol mineral kecik yang hampir penuh..hehehe..
 tengah menderma sempat lagi suh akak nurse aka kak lela x housemate kakak aku..hehehe...cam gedik x??

 close up gambar tangan sendiri (sila abaikan saiz tangan aku ye..hehehe)..

bukannya aku nak riak..cuma kalau dapat menambah minat orang yang membaca n follower aku untuk menderma darah...aku tumpang gembira
"MARILAH MENDERMA DARAH UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA"

p/s: serius tak sakit pun...

Karnival 1 Malaysia...

Semalam sekolah aku buat kanibel  karnival Satu Malaysia..oppss...kanibel ke karnival??hahaha...sorry..cuma kita ni kang kadang2 sebut kanibel..macam karnival jom heboh..bunyi nya kanibel bila kita sebut..tapi bila tengok ejaan kanibel tu dah macam orang kanibal yang makan orang tuh..hehehe..apa2 la kan...

Ya Allah penat sungguh semalam..dari pagi lagi aku dah bejoging ke hulu ke hilir..sampai2 je..set up gerai..walaupun ade budak bantu tapi x cukup..memula kata ada 8 org..at last ade 4 orang je..pastu suh cikgu yg jual..kok cikgu tu xde keje lain xpe la...ben***g betul..sakit betul ati aku..chaos nak mampus..mampus pun x chaos camtu...

tengah2 aku duk setup gerai n terangkan kat budak yang jaga tu..tetiba bhgn pendaftaran tanya buku program..alamak..ade dalam bilik guru..aku jugak yg jadi AJK buku program tuh..aku,...jugak..terpaksa la berlari ke bilik guru sebb org tu nk cepat...

baru je sampai ke tempat pendaftaran n letak buku program..klinik kesihatan yang nak wat pemeriksaan kesihatan plak dah sampai..sape yg kene wat??aku jugak..sebab ade hamba Allah yang letak nama aku jugak..belari plak ke bilik pemulihan..cari budak tolong angkat meja...baru je setel..orang derma darah plak sampai..aku jugak AJK nya...wat announcement suh alihkan kete ambulans nak masuk...pastu g tengok gerai sebab aku ni pun AJK gerai tu yg sibuk kat gerai..tengok progress jualan..keropok mak aku laku tak..Alhamdulillah..laku beb..

sementara mengunggu VIP datang..

pastu VIP dari PPD dah sampai..g bagi buku program plak..belari lagi...petangnya..masa aku tengah amik barang kat kete...VVIP sampai..aku belari ke khemah VIP sampai rupe2nya aku telupa tutup pinti kete..nasib baik kak laila nampak..haru2..

aku sebenarnya x kisah pun bg la 10 AJK pun tapi tolong la jgn bg AJK yg kejenya berjlan serentak masa hari kejadian..boleh pengsan aku kat situ..kalau pengsan sape nak angkat aku ni??? kompem xde sape nak angkat..bior la kat situ bangun sendiri..hahaha..aku ni bukannya seringan bulu pelepah yang orang berebut nak angkat..,hahaha

balik umah dalam kul 5 camtu..terus sambung jahit manik malam tadi..malamnya..pas insyak aku dah terdampar dah..macam paus terdampar tepi pantai..hahahaha...

p/s: paus pun paus la...