Followers

Thursday, September 9, 2010

Hari Mantai..Esok Hari Raya...yahuuuuuu

hari ni dan semalam ialah hari mantai..kenapa dua hari??sebab hari mantai bermula dari tarikh melihat anak bulan..so..disebabkan esok ialah hari raya, maka dua harilah mantai..hmmm..bagi yang orang negeri lain selain negeri sembilan..korang mesti tertanya-tanya hari mantai tu apa??

Mantai bermaksud sehari sebelum sambutan hari raya..samada raya puasa atau raya haji..sehari sebelum berpuasa juga dianggap hari mantai..hari mantai disambut sama dengan hari melihat anak bulan..pada hari ini..masyarakat dinegeri sembilan akan bersiap-sedia masak lemang, ketupat dan rendang...masa hari ni la..orang yang menternak lembu dan kerbau akan menjual hasil ternakan di tepi-tepi jalan..

bagi mantai tahun ni..seperti tahun-tahun sebelum ni, aku menganyam ketupat..ketupat pilihan aku ialah ketupat jantung..kat umah aku xde bakar lemang..so..kitorng beli je lemang..bagi rendang pulak..wajib ade rendang ayam telor campur sayur maman, rendang daging, dan yang wajib ade kat umah aku lagi menjelang raya ialah kuah kacang dan lontong..tahun ni kitorang rebus 2 jenis ketupat iaitu ketupat nasi dan ketupat pulut..

satu lagi yang mesti ada ialah belulok yang merupakan buah pokok enau..belulok ni dibuat halwa dan dijadikan manisan ni lebih awal supaya buah tu dapat meresap rasa manis tu...
ok..aku nk pi sambung wat rendang..tadi dapur penuh n aku tengah Q nk wat rendang daging plak...so..aku sertakan gambar2 sepanjang hari mantai..
belulok ni warna asalnya putih..ni dah di rendam dalam sirap n manisan..tapi lum manis sangat lagi nih..kene tunggu..mintak2 menjelang esok dah sedap dimakan la.....
peringkat awal anyaman..ni asas dia ni...
hahahaha..syok sendirik...
baru siap separuh..ade la beberapa sarung ketupat yg dah siap...

ketupat hasil anyaman aku...ni memang tugas aku setiap tahun..
k la ye...SELAMAT HARI RAYA..
esok mungkin sibuk n xsempat nk wat entry...babai..

2 comments:

  1. ouh kami kat sini pggil bantai..
    heheheh tp same je la meaning...
    waaaah terornye anyam ketupat.. sy x reti! nk belajar!!!!
    neway slmt hari raya amy!

    ReplyDelete
  2. tu la..lain tempat lain namanya kan...
    boleh la..memang dari kecik tugas saya anyam ketupat..
    Selamat hari raya mye

    ReplyDelete