Followers

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

hmm..lewat skit aku punya entry ni sebab malam tadi tetido awal..hahaha..pagi ni plak cari mood..baru la skang ni ade mood nak menaip entry pasal merdeka ni..rasanya masih tak terlambat lagik sebab kita ni masih merdeka dan menyambutnya setiap tahun untuk memperingati pejuang-pejuang negara yang telah memerdekan negara kita setelah Tanah Melayu ni dijajah dari tahun 1511 bila portugis datang ke tanah melayu..mula menduduki melaka..kemudian belanda pulak datang..pastu datang plak british..lama betul kita dijajah..
berapa tahun kita dijajah? dari 1511 sampai 1957..dalam tempoh tu pelbagai pihak datang menjajah kita, termasuklah jepun...
bersyukur la..kita lahir di bumi Malaysia yang merdeka..aman...hidup harmoni..bersama-sama la kita menjaga bumi ini..
aku nak cite lelebih takut tesalah fakta sejarah..kang jadi isu plak..apa kata korang bukak web ni..sume korang boleh tau..ingat2 balik apa yang kita belajar kat sekolah dulu...
 okey..tema kemerdekaan tahun ini ialah.......................

1 Malaysia Menjana Transformasi
 

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Sunday, August 29, 2010

nuff ku sayang...hehehe

hye...salam ramadhan..hehehe..baik je intro ari ni..puasa la..hehehe...dah 2 hari aku tak update blog n jengok aku punya nuff sebab aku pegi tampin dari jumaat n baru pagi tadi balik umah...sampai-sampai je..aku jengok nuff aku..ade gak peningkatan kat aku pnya BE....walaupun tak cukup untuk aku dibayar lagi..tapi ok la..ade pningkatan..
TIME KASIH KEPADA SUME FOLLOWER N SUME YANG MENJENGOK BLOG AKU N KLIK AKU PUNYA NUFF ADD...
sebenarnya..kalau ade banyak dapat BE tu leh wat duit betunang..uik..cukup ke..hehehe..boleh la menambah kan..aku bukan nak betunang skarang pun..cuma menympan je dulu..oppss..melencong plak dah...
oklah..pasal nuff aku...ni aku punya be..thanks a lot..

pastu aku tgk sape yang jengok blog aku..ade satu dari vietnam..sape la tuh kan..mungkin sesat kot..tapi tak kisah la..
time kasih kepada sume..salam ramadhan.... love u all...

Thursday, August 26, 2010

Xraya la aku jawabnya...

Semalam...hehehe..sebenarnya memang nk post semalam pun tapi last minute aku tetido...hahaha..langsung x post..so ni la baru nak wat entry tuk semalam punya...
semalam aku konon-konon nak balik sharp kul 1.05pm tapi last-last kul 1.36 gak aku balik..sebab aku banyak urusan semalam..masa kat sekolah, aku sibuk siapkan senarai nama budak n surat-surat untk hantar ke PPD Tampin untuk lawatan bulan 10 ni..pastu bila setel sume..kuar je sekolah, aku terus menuju ke Tampin..destinasi pertama ialah BANK..hahaha..mesti kene g bank dulu papepun..
pas kuar duit..sambil2 tu teringat bajet aku..aduisss...memang xleh joli pun..pastu aku terus anta borang n surat ke PPD then destinasi seterusnya...PERODUA..nak amik aku punya ROADTAX n INSURAN kete...husss semangat..terus bagi separuh dari gaji aku ke akak tu...pastu asingkan duit ansuran kete..dah tinggal bape je gaji aku ni..penin2.....
Teringat plak kuih-kuih raya yang aku order tanpa sedar dirinya kat sekolah..asal sedap je aku terus letak nama nak order..hmmm..memang xde la aku nak beraya tu...
then..terus gerak ke seremban untuk amik ubat aku..masa nak balik..jumpa rose kejap anta buku dia..then masa sampai tanjung ipoh..akak aku call cakap ade duit raya 5oo..yeke..pastu aku dengar dalam berita radio..RM500 untuk penjawat awam n pesara kerajaan...fuhhh..lega....boleh la bagi duit raya kat adik n anak buah..kalau x...aku menyorok dalam bilik la jawabnya raya ni..xkeluar2 rumah..hahha..
terima kasih la kepada kerajaan Malaysia sebab bagi duit raya tu..walaupun 500 je..mungkin ade yg cakap sikit..tapi besar ertinya bagi aku yg dah bayar insuran kete nih..hehehe...dah boleh rayaa dah..yahuuuuu....

on the way nak balik tuh..sempat la jugak aku snap beberapa keping gambar..hahaha..ade satu awan tu kat kuala pilah macam mulut monster...


macam mulut monster kan?...k la..see u next entry...

p/s: memang dah tebiat aku tangkap gambar masa bawak kete..nak wat camne...

Wednesday, August 25, 2010

Its My Life~Episode 4


*********************************************************************
Disember 1991
“Mane Angah ni…Lambat tul, tadi orang taknak pegi dia ajak sangat” Aku bermonolog sambil menunggu kakakku di bawah pokok di hadapan Sekolah Tabika Kemas. Sebenarnya, kakakku sedang mengambil sijil dan barang-barang lain yang akan diperoleh murid yang tamat belajar di tabika tersebut. Minggu lepas, ayah aku diberitahu walaupun aku Cuma bersekolah tiga bulan, tetapi aku tetap akan memperoleh sijil tabika. Jadi hari ini, aku datang dengan kakakku untuk mengambil sijil tersebut. Sebenarnya, aku tidak mahu mengambil sijil tersebut, kerana bagi aku, aku tidak bersekolah disitu, aku tidak layak dapat sijil itu. Jadi itu lah sebabnya sekarang ni aku tengah menunggu di bawah pokok ditepi jalan.
“Dah la banyak van berlangsir ni, cepat la sikit agaknya. Takkan lama sangat ambik sijil tu” Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang orang menculik kanak-kanak untuk dijual di Siam dan orang yang menculik itu menggunakan van yang mempunyai langsir. Aku sangat takut melihat van yang mempunyai langsir.
“Lang, jom la naik…Cikgu Ani ajak kau naik sebab ada jamuan sekali..jom la” tiba-tiba kakakku menegur dari belakang
“Taknak la..kalau kau nak pegi jamuan tu, kau pegi la..tapi jangan lambat sangat..aku takut duduk kat sini” Aku masih lagi dengan kedegilanku
“Okey, kau tunggu sini kejap ye” kakakku terus berlalu
Setelah hampir setengah jam, kakakku muncul dengan sijil sekolah tabika aku dan juga barang-barang lain seperti pensil, pemadam, pembaris, gunting dan pensil warna. Walaupun aku tidak mahu mengambil sijil tabika, namun aku teruja melihat alat tulis tersebut kerana kami tidak mampu memilikinya, jadi apabila ada depan mata, aku sangat seronok….
*********************************************************************

Sunday, August 22, 2010

Its My Life~Episode 3


“Amy, tadi kata nak balik? Ni dah pukul 1.50 petang dah ni.” Suara Kak Laila memecah lamunanku. Aku terus mengesat air mata yang mengalir tanpa kusedari
“Nak balik la ni kak..hehehe..saya balik dulu ye” kataku sambil menunjukkan barisan gigiku seperti kerang busuk.
          Dengan bersemangat aku pun menuju ke kereta Myvi kesayanganku. Aku panggil kereta aku ni “Baby”. Kadang kala dalam kereta, aku berbual dengan “baby”. Kalau orang Nampak mesti dia ingat aku gila. Tapi entahlah aku rasa seperti”baby” faham segalanya walaupun dia Cuma mesin ciptaan manusia.
          Hingga ke saat ini, aku masih bagaikan tidak percaya yang aku sudah mempunyai pendapatan sendiri dan sudah mempunyai eset iaitu sebuah kereta Myvi. Ianya bagaikan mimpi yang selalu aku impikan sejak dari kecil. Ada dua lagi impian aku yang masih belum tercapai iaitu ingin memiliki sebuah rumah dan menghantar ibu dan bapa aku mengerjakan haji di tanah suci.
          Setibanya di rumah, ku lihat mak sudah bersiap kerana aku sudah memberitahunya sejak dari semalam yang aku ingin membawa mak dan adik ke Bahau. Sementara menanti adik aku pulang dari sekolah, aku pun mandi, solat dan bersiap sedia. Sepulangnya adik ke rumah, kami pun bergerak menuju ke Bahau. Sungguh bahagia rasanya dapat berjalan-jalan menghilangkan tekanan di tempat kerja. Dulu ayah selalu bawa kami ke Bahau kerana ayah aku berasal dari Kampung Jambu Lapan Bahau. Ayah selalu bercerita tentang asal usul kami supaya kami tidak lupa akan kewujudan kami.
Masih ku ingat setiap kata-kata ayah yang menyatakan bahawa moyong kami datang ke tanah melayu mengiringi raja melewar ketika undang berempat di negeri Sembilan menjemput raja melewar menjadi yang dipertuan besar negeri Sembilan. Kata ayah lagi, saudara mara kami banyak di Kundur, Rembau tapi aku tidak kenal mereka. Ayah Cuma sempat memperkenalkan kami dengan sepupunya yang kami panggil Mak Ngah kebetulan tinggal di Palong 4 tidak jauh dari rumah kami.
Ayah seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak. Aku akui tanpa ayah dan ketegasan ayah, tidak mungkin aku berada di mana aku berada sekarang. Walaupun aku berada di kelas tercorot ketika tahun 1 kerana tidak bersekolah tadika, namun dengan ketegasan dan perhatian ayah, aku tetap dapat letakkan diri aku diantara murid terbaik kelas tersebut.

Amyza??how come??

mesti ade yg tepikir apsal aku guna nama amyza???nak carik glamor ke???
oppsss....n kenapa nama blog aku asyik berubah??
hmmm
ok..first about my name..why amyza?
b'coz my name is Amy Rosmiza..so aku amik depan n belakang nama aku = Amyza...
aku pun macam dah serasi guna amyza untuk dunia maya ni...
bukannya aku giler glamor tau..it is my name..blog ni pun kisah hidup aku..n aku pun ade tulis tentang real story of my life in this blog...

yang kedua pasal apa nama blog aku asyik berubah??..
masa memula aku wat blog ni nama blog aku ialah kehidupanku..so..aku tukar to english as It's My Life..then..beberapa bulan lepas..aku terjumpa satu blog yang sama nama dgn blog aku..xde beza langsung.. It's My Life  Jugak...so..i decided to change my blog name..tapi sebab aku nak wat blog yang mengisahkan aku..aku tukar jadi My Life as Amy..it is my name right..aku nak mintak maaf kalau nama baru tu ade iras or dekat2 dengan nama blog sape2..maaf sangat2..aku memang xsedar..so..untuk tak mengecilkan ati sesape..aku guna my maya name ... My Life As Amyza...so...hopefully this will last 4 ever...ok..di bulan baik ni aku nak mintak maaf kalau ade yang xsuka aku tukar nama tu..maaf ye...