Followers

Showing posts with label Its My Life. Show all posts
Showing posts with label Its My Life. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Nantikan Sambungan Its My Life....

Aku dah wat keputusan nak sambung cerita Its My Life...
Xkisahlah apa org nk pikir nanti...hehehe.,..
nantikan ye...





aku nk sudahkan kerja yang aku wat..xnak jadi org yg wat kerja separuh jalan lagi..maka..aku akan mula mengolah semula..nantikan kehadirannya... peace




Wednesday, October 13, 2010

Its My Life Terpaksa diberhentikan penerbitannya untuk menjaga sensitiviti individu...

atas sebab-sebab tertentu..aku terpaksa memberhentikan pengeluaran dan perkongsian cerpen "it's my life" yang merupakan kisah hidup aku..

aku mintak maaf atas sebarang kesulitan..hope u all enjoy other entry from me..luv U :))

Wednesday, August 25, 2010

Its My Life~Episode 4


*********************************************************************
Disember 1991
“Mane Angah ni…Lambat tul, tadi orang taknak pegi dia ajak sangat” Aku bermonolog sambil menunggu kakakku di bawah pokok di hadapan Sekolah Tabika Kemas. Sebenarnya, kakakku sedang mengambil sijil dan barang-barang lain yang akan diperoleh murid yang tamat belajar di tabika tersebut. Minggu lepas, ayah aku diberitahu walaupun aku Cuma bersekolah tiga bulan, tetapi aku tetap akan memperoleh sijil tabika. Jadi hari ini, aku datang dengan kakakku untuk mengambil sijil tersebut. Sebenarnya, aku tidak mahu mengambil sijil tersebut, kerana bagi aku, aku tidak bersekolah disitu, aku tidak layak dapat sijil itu. Jadi itu lah sebabnya sekarang ni aku tengah menunggu di bawah pokok ditepi jalan.
“Dah la banyak van berlangsir ni, cepat la sikit agaknya. Takkan lama sangat ambik sijil tu” Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang orang menculik kanak-kanak untuk dijual di Siam dan orang yang menculik itu menggunakan van yang mempunyai langsir. Aku sangat takut melihat van yang mempunyai langsir.
“Lang, jom la naik…Cikgu Ani ajak kau naik sebab ada jamuan sekali..jom la” tiba-tiba kakakku menegur dari belakang
“Taknak la..kalau kau nak pegi jamuan tu, kau pegi la..tapi jangan lambat sangat..aku takut duduk kat sini” Aku masih lagi dengan kedegilanku
“Okey, kau tunggu sini kejap ye” kakakku terus berlalu
Setelah hampir setengah jam, kakakku muncul dengan sijil sekolah tabika aku dan juga barang-barang lain seperti pensil, pemadam, pembaris, gunting dan pensil warna. Walaupun aku tidak mahu mengambil sijil tabika, namun aku teruja melihat alat tulis tersebut kerana kami tidak mampu memilikinya, jadi apabila ada depan mata, aku sangat seronok….
*********************************************************************

Sunday, August 22, 2010

Its My Life~Episode 3


“Amy, tadi kata nak balik? Ni dah pukul 1.50 petang dah ni.” Suara Kak Laila memecah lamunanku. Aku terus mengesat air mata yang mengalir tanpa kusedari
“Nak balik la ni kak..hehehe..saya balik dulu ye” kataku sambil menunjukkan barisan gigiku seperti kerang busuk.
          Dengan bersemangat aku pun menuju ke kereta Myvi kesayanganku. Aku panggil kereta aku ni “Baby”. Kadang kala dalam kereta, aku berbual dengan “baby”. Kalau orang Nampak mesti dia ingat aku gila. Tapi entahlah aku rasa seperti”baby” faham segalanya walaupun dia Cuma mesin ciptaan manusia.
          Hingga ke saat ini, aku masih bagaikan tidak percaya yang aku sudah mempunyai pendapatan sendiri dan sudah mempunyai eset iaitu sebuah kereta Myvi. Ianya bagaikan mimpi yang selalu aku impikan sejak dari kecil. Ada dua lagi impian aku yang masih belum tercapai iaitu ingin memiliki sebuah rumah dan menghantar ibu dan bapa aku mengerjakan haji di tanah suci.
          Setibanya di rumah, ku lihat mak sudah bersiap kerana aku sudah memberitahunya sejak dari semalam yang aku ingin membawa mak dan adik ke Bahau. Sementara menanti adik aku pulang dari sekolah, aku pun mandi, solat dan bersiap sedia. Sepulangnya adik ke rumah, kami pun bergerak menuju ke Bahau. Sungguh bahagia rasanya dapat berjalan-jalan menghilangkan tekanan di tempat kerja. Dulu ayah selalu bawa kami ke Bahau kerana ayah aku berasal dari Kampung Jambu Lapan Bahau. Ayah selalu bercerita tentang asal usul kami supaya kami tidak lupa akan kewujudan kami.
Masih ku ingat setiap kata-kata ayah yang menyatakan bahawa moyong kami datang ke tanah melayu mengiringi raja melewar ketika undang berempat di negeri Sembilan menjemput raja melewar menjadi yang dipertuan besar negeri Sembilan. Kata ayah lagi, saudara mara kami banyak di Kundur, Rembau tapi aku tidak kenal mereka. Ayah Cuma sempat memperkenalkan kami dengan sepupunya yang kami panggil Mak Ngah kebetulan tinggal di Palong 4 tidak jauh dari rumah kami.
Ayah seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak. Aku akui tanpa ayah dan ketegasan ayah, tidak mungkin aku berada di mana aku berada sekarang. Walaupun aku berada di kelas tercorot ketika tahun 1 kerana tidak bersekolah tadika, namun dengan ketegasan dan perhatian ayah, aku tetap dapat letakkan diri aku diantara murid terbaik kelas tersebut.

Thursday, August 19, 2010

Its My Life~Episode 2


******************************************************************************************
Mac 1991
“Amy, hutang yuran awak dulu kecil, sekarang sudah jadi besar ni” guru tadikaku melukis gambar empat segi besar dan kecil. Aku sangat malu dengan rakan-rakan sekelasku. Ketika itu baru tiga bulan aku bersekolah di Tabika KEMAS Palong 4, 5 dan 6. Aku akui ayah dan emak tidak cukup wang untuk membayar yuran bulanan sekolah aku. Tapi waktu itu apa yang budak enam tahun seperti aku dapat buat?


“Ingat Amy, kalau esok awak tak bayar jugak yuran bulanan awak yang sudah tertunggak tiga bulan, jangan datang ke sekolah” kata cikgu Ani lagi.
“ Baik cikgu”
“Baiklah murid-murid, awak semua boleh balik sekarang”
Kami semua bergerak ke rumah masing-masing. Sampai di rumah, aku termenung menanti kepulangan bapaku dari menoreh. Selepas makan tengahari, aku beranikan diri berjumpa ayahku.
“Ayah, cikgu cakap, hutang yuran dah jadi besar ni” kataku sambil menggerakkan tangan membuat bulatan besar.
“Cikgu cakap lagi, kalau tak bayar jugak, jangan datang sekolah. Kaklang tak nak sekolah la ayah. Esok kaklang tak payah pegi ye ayah” kataku lagi
Ku lihat raut wajah ayah yang sayu apabila mendengar kata-kataku. Bermula hari itu, aku tidak lagi bersekolah tadika. Aku hanya duduk di rumah membantu mak dan ayah dan bermain. Pada ketika itu aku tidak kisah walaupun tidak bersekolah, bukannya sebab aku tidak mahu bersekolah tapi aku seolah-olah faham akan masalah yang kami sekeluarga hadapi. Tahun tersebut merupakan tahun yang penuh getir bagi kami.
******************************************************************************************

Wednesday, August 18, 2010

Its My Life~Episode 1


Feb 2010
Hari ini sudah dua bulan aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah ‘RKTP’. Ketika pertama kali aku menjejakkan kaki aku di tanah Sungai Kelamah ini, aku terkejut dengan suasananya. Bukan apa, aku ingatkan sekolah ini cuma ada satu sahaja bangunan. Rupa-rupanya murid-murid belajar di dalam kabin kerana sekolah ini masih lagi dalam proses pembinaan bangunan baharu. Di sini aku rapat dengan Kak Laila yang baharu sahaja berpindah dari Kuala Lumpur kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai kaunselor di SMK Jelai (F). Dengan Kak Laila aku berkongsi semuanya, dengan mudah aku akan menceritakan segalanya kepada Kak Laila. Lagipun kami memang duduk bersebelahan dalam bilik guru.
“Kak.. saya nak balik on time hari nih..hehehe..hari ni gaji saya nak keluar” Aku memberitahu Kak Laila tentang rancanganku untuk balik awal hari ni..yela..hari ni gaji first aku sebagai guru terlatih keluar. Tak sabar rasanya nak bawak mak dengan adik ke bahau dan belanja makan. Aku selalu berangan untuk buat macam-macam perkara supaya mak aku hidup senang. Inilah masanya untuk aku buktikan. Sementara menunggu waktu balik, aku duduk termenung di mejaku…

Bersambung......

Sunday, August 15, 2010

Its My Life...


Gambar di atas diedit menggunakan adobe photoshop..

Sekarang ni..aku tengah mengarang cerpen hidupku..semua tentang diri aku..bila baca tu..korang akan tau segalanya tentang kisah hidup aku..yeee...aku tau nanti dah xprivate..tapi entah kenapa aku nak sangat tulis..nak kongsi kisah hidup aku yang susah masa kecik n sampai la aku dapat jadi macam skang ni..mungkin boleh dijadikan pedoman..entah la...yang pastinya..semua yang aku ade hari ni sebab ayah aku...itu yg aku nak kongsi sebenarnya...
hopefully...u all will like it...nantikan...