Followers

Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Selamat hari merdeka.....57 tahun...

Salam sejahtera....

Hari ni 1 september 2014...maknanya dah 57 tahun kita hidup di bumi Malaysia yang Merdeka....
Kita...
Bebas berjalan....
Bebas belajar... 
Bebas bekerja...
Kita bebas melakukan kegemaran kita....
Tanpa risau...
Alhamdulillah....
Semoga keamanan ini kekal...
Malaysia...disini lahirnya sebuah cinta...

Indeed....
Ada yg kata..
"Eiiiii....apa la tema tahun ni panjang sangat.."
"Dah xde idea ke nak wat tema?"
"..macan lagu sudirman je...."

For me...tema tahun ni ada maksud yg tersirat yang mana kalau dihayati....pasti terharu...

Itu aku la...xtau la org lain macam mane kan?....
Lain org...lain kefahaman....yg aku tahu...
Malaysia ini kita punya....sayangilah ia...seperti mana para pejuang kemerdekaan mennyayanginya....

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Thursday, March 27, 2014

Humaira Selsema

Assalamualaikum.....
Dah melepasi tengah malam.....aku dah xde rasa mengantuk sebb tadi masa teman humaira tido....dalam pukul 10mlm tadi...aku telelap....jaga dua tadi sebb hari ni dia selsema.....

Humaira ni senang dapat selsema kalau dia mandi air paip sejuk je dia akan selsema sebb dia xtahan air sejuk...
Sekarang ni umur dah setahun masih mandi air suam lagi...cuma kadang-kadang bila nak ajar dia mandi air sejuk try la air paip biasa tp lepas tu mesti dia selsema.....
Biarla org nk kata anak aku mengada2 ke....lembik ke ....janji dia sihat....
Ni tadi tdo xselesa.....tetiba dua tekejut nangis je..dekat setengh jam jugak la.....terus hilang selera ngantu aku.....
Semoga humaira cepat sembuh.....

Wednesday, September 26, 2012

It's My Birthday... :D

Salam..
hari ni 26 September 2012....
27 tahun lepas pada pukul 7.45pagi... bertempat di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan...
seorang bayi perempuan yang comel (comel ke?)   selamat dilahirkan oleh seorang wanita....
hahaha...
27 tahun kemudian..
bayi perempuan itu sedang meng"update" blognya...
hahaha...
saje je..nk bagitau....
hari ni....
****kredit to google 4 da pic****

genaplah 27 tahun aku menghirup udara di Bumi Allah ni....
dan seperti yang aku impikan...
yang mane aku slalu berangan yang aku akan bergelar isteri pada usia 27 tahun..
tak tahu kenapa aku pilih 27 tahun...
dan impian aku terlaksana....
pada genap usia 27 tahun, genap 4 bulan aku menjadi seorang isteri...dan genap 14 minggu bayi dalam kandunganku...
tiada apa yang lebih membahagiakan....

tiada hadiah yang aku impikan...
cukuplah sekadar ucapan dan doa dari insan-insan yang aku sayang dan rakan-rakan yang mendoakan...
terima kasih semua...

Friday, June 22, 2012

Separuh Tahun Kedua...

Salam..Sekarang dah Separuh tahun kedua bagi tahun 2012.. macam yang berlaku tahun ni...status pun dah bertukar..ehemm..ehemm...
sebelum ni aku adalah CIK AMYZA...


but now I'm PUAN AMYZA....
alhamdulillah..aku dan suami selamat diijabkabulkan pada 26.05.2012 pada jam 5.55petang dengan hanya satu kali lafaz sahaja...
alhamdulillah...
but my life remain the same.. 
i'm still the same simple girl...
hehehe....
xde apa yang berubah dalam hidup aku..
kalau ade pun..cuma rutin harian je la...
kalau dulu..balik keje...tido kejap..bangun..makan..
takpun..balik umah..makan..tengok tV..tido..bangun...tengok TV..Fb...
hahahaha....
skang ni  dah berubah la kan..
balik umah...masak..mandi...makan....tengok TV...
tapi sama je la...
xde rasa apa pun..
masak pun yg simple je...
n xrasa penat pun...
mungkin awal-awal..baru-baru kawen je rasa xpenat kot...
tapi harap-harap sampai akhirnya la aku rajin masak kan...aminnnn....
ok..itu sahaja la..post untuk permulaan yang baru ni..kat umah suami aku xde intenet..so...kalau balik kampung n pegi keje je la boleh update post..okeh...
salam..

Wednesday, September 28, 2011

Terdedah sudah DIY

Salam....
jeng..jeng..jeng....
seperti yang aku janjikan dalam entry yang sebelum ini......
maka dengan rasminya...aku mendedahkan apakah projek aku yang kononnya nk buat sendiri tuh....


Ini la projek besar aku tu..iaitu membuat bunga dip..ini adalah salah satu kuntum bunga yang aku buat...banyak gak la dah siap kuntuman bunga tu..cuma buat masa ni..ini je gambar yang ade....ok x? boleh la kan untuk beginner macam aku...
masa aku memula bagitau mak yang aku nak buat bunga ni..mak aku macam xpercaya je..agaknya dia fikir.. "macam mane kaklang yang ganas ni nak wat keje2 kraf??"
hehehe...tapi jadi jugak..masa aku tengah bentuk2kan dawai tuh..aku buat sambil tgk TV malam hari..adik aku siap marah.."apsal macam budak2 main dawai ni?
hahahaha......lawak tul...
kan dah jadi tu..tapi seminggu nk raya terstop projek bunga D.I.P ni sebab aku wat projek menjahit..sampai skang aku xsambung lagi...sibuk plak dengan kerja yang kebanyakan due datenya hujung bulan 9 ni....
aku ku sambung semula bulan 10 ni..dah jadi hasil yang sempurna seperti jambangan bunga nanti aku bgtau ye..insyaAllah aku wat tutorial skali...
senang je nk buat benda ni...mudah...murah....
sesuai untuk yang teringin wat sendiri bunga telor for hari bahagia....
hehehehe
salam....

Sunday, April 17, 2011

Al-fatihah...Setiap yang hidup pasti ada matinya...

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” [Himpunan Hadis]

Huraian:
  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  • Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  • Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Diambil dari laman web HIMPUNAN HADIS..klik pada link himpunan hadis di atas.


hadis ini mengisahkan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...ade kata-kata menyatakan....
ibu n bapa mampu menjaga sepuluh orang anak-anak..namun... sepuluh anak belum tentu mampu menjaga ibu n bapa...
susah kita nak lihat lelaki menjaga dan mencuci najis ayahnya...menukarkan lampin tatkala ayahnya sakit terlantar di hospital...namun...aku sudah melihatnya.
kini ayahnya sudah kembali ke rahmatullah...
kesedihannya turut aku rasai....
semoga rohnya (Arwah Pakcik Manap) aman dan ditempatkan dikalangan orang beriman...Al-fatihah....

Ya Allah..hindarilah aku dan adik beradikku dari menjadi anak yang tidak mengenang jasa...Aminnn

Sunday, March 20, 2011

Melawat..

Salam..
aku skang ni kat umah along..kejap lagi nak balik ke palong dah...esok dah keje..banyak yang nak setelkan...
kelas tekwando aku dah tuang dah ari ni..ampun ye master..bukan sengaja cuma ade urusan yang tak dapat dielakkan..
kejap lagi nak singgah KPJ Seremban jap nak menjengok pokngah (pakngah) aku mak aku punya abg kat situ..ari tu masuk spital pilah..aku bawak mak aku g pilah..dktor cakap dah kuar spital...
aku pun ingat dia dah sihat la..tup2 jumaat aritu cousin aku called cakap dia kat KPJ Seremban..aku xsempat nak singgah
pastu kang aku nk g spital seremban plak (Hospital Tuanku Jaafar)..nak melawat ayah 'dia'.
ntah macam mane la keadaannya agaknya....macam hal jadi..
harap2 ade peningkatan kestabilan la...
so..kesimpulannya petang ni agak busy skit la...
pas dah g spital kang baru gerak ke palong..harap perjalanan aku berjalan lancar..
aminnnnn

Friday, March 18, 2011

Ayah 'Dia' kemalangan..

Salam..dah lama rasanya aku x update blog ni..banyak yang aku nk kongsi sebenarnya tapi tangan ni tak termampu untuk berlari di atas keyboard dan mencoretkan kata-kata luahan hai..aku sekarang sangat buntu dan risau..

selasa lalu sedang aku asyik berbual sambil membiat kerja disekolah..'dia' telefon minta aku tolong call abg ipar aku di hospital tampin kerana ayah 'dia' kemalangan...terkejut aku..aku terus call abg lan..abg lan cakap...kes tu akan direfer ke hospital besar seremban..menurut abg lan..mungkin xde apa2 yang berlaku..

esoknya RABU..aku ikut sekali ke seremban..melihat keadaan ayahnya..sangat menyedihkan aku..aku teringat saat-saat tatkala ayah aku terlantar di katil hospital 7 tahun yang lepas...menurut doktor satu dari tulang belakang ayahnya hancur dan perlu dibedah dengan memasukkan besi yang berharga RM6900. keadaan kepala ayanya yang mempunyai pendarahan dalaman menyebabkan ayahnya seperli kehilangan ingaan dan asyk meracau...jari, tangan dan bahu ayahnya patah...beberapa jahitan terpaksa diuberikan di lengannya...hibanya aku melihat 'dia' dan adik beradiknya menangis kerana ayah mereka tidak mengenali mereka..

doktor mahukan jawapan dan wang segera untuk pembedahan tulang belakang bahagian pinggang ayahnya..masa inilah aku lihat bagaimana orang yang kita sangka baik..rupa2nya...jahat yang amat...
adik beradik 'dia' tidak seorang pun keje kerajaan...tambahan lagi tiada yang berpangkat besar..jadi untuk mendapatkan RM6900 dalam masa 1 hari sangat susah..itu hanya untuk pinggang..belum lagi tau keadaan kepalanya..menurut doktor kos keseluruhan mungkin mencecah RM15 000...

masa ni aku lihat kakak yang mementingkan diri..menfitnah semata-mata kerana tidak mahu mengeluarkan wang(atau mungkin dia memang tiada satu sen pun wang..jika betul pun usaha la jugak) untuk perbelanjaan perubatan ayahnya...wang yang dapat 'dia' kumpul agak banyak namun masih tdak mencukupi...


KHAMIS..disaat adik beradiknya hampir dapat mengumpulkan wang...keputusan scan kepala ayahnya yang dihantar ke KL tiba dan ayahnya dihantar menjalan scan sekali lagi....kali ni menurut doktor..pembedahan pingang (tulang belakang) hanya akan dibuat jika keadaan ayahnya stabil yang mana ayahnya sekarang dalam keadaan 50-50 kerana pendarahan dalam kepala ayahnya sudah merebak...sedihnya aku..'dia' sudah kehilangan ibu 6 tahun yang lepas...keadaan ini menyebabkan dia seakanakan hilang semangat...


ayah dia selalu suruh kami kahwin cepat namun aku yang menolak kerana ingin menjalani hidup berkerjaya dahulu..bila ini terjadi...aku rasa sangat bersalah..aku sedih...maafkan aku...