Followers

Friday, August 21, 2009

Esok Puasa!!!

Esok dah puasa..kul 12 ni aku terus gerak balik palong...minggu lepas, aku jumpa jalan baru yang lagi cepat sampai palong.selalu aku ikut durian tunggal-selandar-batang melaka-gemencheh..tapi hari tu jumpa jalan dari selandar terus ke air kuning pastu keluar kat sungai dua yang hanya 20 minit dari rumah aku..jimat masa dalam 15 minit kot..aku pun xkira tapi hari tu aku bawak 60 km/j pun aku sampai umah dalam masa 1 jam 30 minit..kalau aku bawak laju sikit mesti lagi cepat sampai kan?ish...ish xelok bawak laju-laju kan..hehehe...aku kalau bab balik rumah aku ni memang x sabar sikit...semalam birthday adik aku, atih aku belanja dia makan ngan kawan dia tapi biasa-biasa je...xmampu nak bawak g medan ikan bakar umbai or alai..aku bawak g kedai saba je...ok la dari xde kan? itu je yang aku termampu...okla..dah kul 11.44 ni.jap lagi balik..bye..assalamualaikum..
SELAMAT BERPUASA (^_^)

Wednesday, August 19, 2009

kawalan kelas???

How to improve class control?
aku mengajar tahun 1. mereka sangat mesra dan tak takut dengan aku. bila aku kene observe. i felt so terrible coz my class control is weak.diorang memang bising tapi bising sebab buat discussion untuk aktiviti yang aku suruh.macam mane ek?aku dah buntu ni...

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan bakal menjelang lagi

Lagi 3 hari umat islam akan menyambut ramadhan bulan yang penuh kemuliaan. bulan yang patut kita gunakan sebaik-baiknya...stiap kali ramadhan,tekad aku nk abiskan khatam Al-Quran dalam masa sebulan..kadang-kadang miss jugak jadi terbawakla ke syawal..ader seorang rakan pernah berkongsi ilmu..katanya, kalau nk habiskan baca 30 juzuk Al-Quran dalam masa 30 hari berpuasa, maka setiap kali solat 5 waktu sehari, baca 4 muka surat Al-Quran..Alhamdulillah berkesan...
Aku praktikal, ari jumaat baru boleh balik kampung.jumaat tu kan sehari sebelum puasa.orang negeri sembilan panggil hari mantai...selalunya kat palong (Rumah Aku), 2 hari sebelum puasa dah meriah dah dengan persiapan menyambut ramadhan. dan aku akan tolong mak aku berniaga dalam masa 2 hari tu. mak aku berniaga sayur kampung kat pasar harian.maka ramai la pelanggan masa hari mantai ni coz orang nk beli kelengkapan memasak rendang seperti lengkuas, pucuk pegaga, pucuk maman, dll. tapi mantai kali ni aku x dapat tolong mak aku coz aku sampai umah mesti dah pukul 3 petang... sian mak aku..mesti x menang tangan nanti.. :(
Kepada semua...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..SEMOGA MENGGUNAKAN BULAN YANG MULIA INI DENGAN SEPENUHNYA...

MASK WOMEN..HEHEHE..NI GARA-GARA PENULARAN WABAK INFLUENZA A H1N1