Followers

Tuesday, July 28, 2009

No Mood..Nasibku malang semalam...

Semalam balik rumah kul 5 petang coz ade meeting pastu aku tido n solat asar..and then panaskan lauk yang aku bawak dari rumah angah...wat sambal ayam n goreng bayam..kegemaranku..tapi ntah kenapa smlm aku bdebar je..pastu masa housemate aku nk g kelas malam, aku pun kuarkan kereta and then masukkan balik kete dalam garaj..tetapi malang sungguh nasib aku aku teseret tiang seri tegak utama kat rumah sewa aku..habis calar baby(kereta) aku..sedih sungguh..perut aku pulak sakit nak mampus...langsung x boleh wat keje..RPH pun pun siap separuh je...sedeynyer....

Friday, July 24, 2009

IPPM kene H1N1!!!

Minggu ni semua pelajar IPPM yang ade kat IPPM dihantar balik kampung...dan semua org dilarang dtg ke maktab coz dah dijangkiti H1N1..nasib baiklah aku ni duk umah sewa n bertambah nasib baik sekarang ni aku tengah praktikum..makanya..dah lama gak la aku x g maktab...mintak2 dihindarkan la dari virus tu supaya aku dapat menghabiskan praktikum aku dengan jayanya...

Thursday, July 23, 2009

P&P?

Hari konon-konon nak guna LCD projektor untuk ajar soil year 3...aku dah semangat dah nk tunjuk video to the garden ngan slide show yang aku prepare sampai kul 3 pagi malam tadi..sampai je sekolah pagi-pagi aku dah jumpa cikgu Amdan untuk pinjam projektor...pastu tetiba aku tetiba salah cakap "cikgu...nak pinjam transperensi"..tercengang-cengang cikgu Amdan bile dengar transperensi....pastu aku pun tekejut sebab salah cakap....dapat je LCD aku pun try la..nasib baik boleh guna tapi plug penyambung xde..xtau la dapat guna x nanti..hope dapat la guna..
chaiyok2!!!!

Wednesday, July 22, 2009

Ujian oh Ujian

Minggu ni sekolah aku praktikum ni ade ujian bulan julai..makanya 3 hari aku x mengajar..cuma jaga murid periksa je...yang aku x pahamnya..kenapa la budak2 zaman sekarang ni buat periksa tu macam xde ape2..dah la rasa hormat kat cikgu dah makin berkurang...masa periksa pun diorg xbleh nk jawab soalan dengan senyap..ade satu kelas ni..sempit jadi kedudukan pelajar x macam periksa..apa bezanya periksa ngan x?kita nk suh diorg senyap pun susah coz duduk rapat2..penin..penin...

Sunday, July 19, 2009

Hari kegemilangan sahabat-sahabatku

hari ni 19 julai, dua org kawan aku bersanding..kak mas n latipah..dah bertukar status puan dah diorang,,bgslah..tapi aku penat sikit coz hari yang sama majlisnya..pagi tadi kul 10 pagi aku g umah tipah dia nikah kat masjid..selesai akad nikah dalam kira-kira kul 12 suku aku balik jemput mak nk g umah kak mas...kak mas ni sebenarnya ade kene mengena ngan aku sedara belah ayah aku...pas kak mas berarak, aku rush antar mak balik pastu g umah tipah untuk majlis sanding tipah plak..penat gak la..tapi best gak coz masa kat umah kak mas, aku jumpa anak murid aku tahun lepas,,,,masa kat umah tipah, aku jumpa classmate aku masa sekolah dulu...dah lama x jumpe diorang...
agak-agak masa aku kawin nanti ramai x classmate aku dtg ek??

kak mas n suami setelah selesai akad nikah

kak masz n suami masa berarak

tipah selepas akad nikah

tipah berarak bersama suami

rakan-rakan yang hadir kerumah tipah




Thursday, July 16, 2009

penyeliaan oleh pensyarah pembimbing

Hari ni tadi aku telah dicerap oleh pensyarah yang membimbing praktikum aku.agak kelam kabut sikit coz at first he saids that he want to come at 11.30 am but suddently at 8.45am he calls and said that he will come and observed me at 9.10am...dah la x ready...kelam kabut sikit kelas aku..tapi sir ong baik. dia x kondem aku ngan zai coz hari ni kene wat pengajaran bersama coz zai xde kelas hari ni.. sir bagi tips untuk wat restructuring of ideas phase..aku memang lemah phase ni...
chaiyok2!!!

Tuesday, July 14, 2009

Dah Minggu Keempat dah?

Hari ni 14 july dah masuk minggu keempat aku menjadi guru pelatih...banyak pengalaman yang aku dapat...ye la sebelum ni, aku x pernah lagi mengajar murid-murid sekolah rendah..aku sebelum ni keje GSTT kat sekolah menengah kat palong dua..tapi banyak sangat benda2 yang mengejut..

minggu lepas aku kene observe dengan guru pembimbing aku..sikit je markah yang dapat...mengikut rumusan die, kawalan kelas aku sangat rendah..mane taknya..masa tu la bebudak ni nk terlompat lompat..tension je....macam mane la masa depan aku nk ngajar ni ek?kene tingkatkan kawalan kelas la ni...

Wednesday, July 8, 2009

Perkhemahan perdana unit beruniform

Pada 3-5 julai hari tu, SKTM mengadakan perkhemahan perdana unit beruniform..sebagai cikgu pengakap..cehhhh....aku ngan zaili dipertanggungjawabkan melatih ahli pengakap lakonan untuk malam kebudayaan. kitorng xtau nak wat drama per..jadinya kami pun ajar budak -budak ni cerita mowgli...cerita hutan..skrip pun ringkas giler...bersusah payah aku ngan zai ajar budak.....masa malam kejadian barulah tanya aper perkembangan lakonan..unit2 lain sumernya dibantu oleh cikgu tetap..kitorang wat stail ktorg je la...org sains kalau wat keje kan simple je..yang penting jadi....
masa malam kejadian tu, memang best la coz budak yang masa latihan macam xingat watak je,,,tetiba paling terbaik lakonannya....tapi kami dapat no. 3 je mungkin sebab watak akela x ingat langsung dialog...asyik pandang kat zai je..sume org perasan dia asyik tanya cikgu...untuk pengetahuan suara latar adalah aku...hehehe...kelakar sungguh.....
selain citer utan-mowgli,ktorg ajar ahli pengakap lagu undang-undang persetiaan pengakap n aku ajar bebudak ni "tepuk-tepuk menyampah" yang mana kesudahannya sume murid tahun 4 & 5 sekolah ni tau tepuk menyampah aku tu...best sebenarnya ajar sekolah rendah ni...masa hari terakhir,aku tdo kat rumah tapi aku sampai sekolah kul 6.55pagi ngan zai n mira...ktorg kene handle senaman pagi...masa sampai tu mendung pastu tetiba ujan renyai...ktorg ingat wat je la senaman dalam dewan..aku pun g cari speaker coz xder sorang pun cukgi laki n cikgu tetap masa tu...bebudak dah wat hal masing-masing...pastu hujan tetiba lebat..ktirg suh sumer masuk dewan.. tapi ade yang nakal g mandi ujan..mentang2 cikgu diorg xder...pastu aku n mira uruskan budak dalam dewan, zai cari budak mandi ujan...penat gak nak jerit coz ujan, suara xdengar.. dah settle sume bile kira, pengakap x cukup 4 orang.. aku g cari coz budak pempuan ckp diorg g kat kelas 3 pandai...sampai kat 3 pandai aku tengok bukan main sedap lagi diorang baring2 atas tilam silat.aku pun marah la.. .aku pun ngadu kat akak ros yang budak pompuan baring2 kat kelas 3 pandai...rupa2nya budak yang aku marah tu anak dier...hahaah..mampus..ni dah masuk tahap cikgu praktikal x sedar diri ni..lantak la...
k la..aku dah penat menaip ni..ni aku attach gambar masa perkhemahan tu...n ni lagu pengakap baru yang aku baru belajar masa perkhemahan tu

marilah ramai2 menyanyi (2x)
menyanyi...menyanyi
api sudah nyala kita suka hati
marilah ramai2 menyanyi
tanganku melambai lambai
badanku bergoyang goyang
kaki terhentak hentak
hatiku senang

perbarisan hormat meyambut ketiabaan YB Adun DUN Telok Mas (Perasmi)

ahli perbarisan hormat pengakap

peserta lakonan pengakap ketika menyanyikan lagu undang-undang persetiaan pengakap

penutup persembahan lakonan-lagu mowgli pergi berburu...para peserta memakai topeng watak2 binatang

cikgu yang semangat menyanyi lagu perkhemahan