Followers

Showing posts with label SCiEnCe. Show all posts
Showing posts with label SCiEnCe. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Sains 018 - Pembolehubah

Salam...
hari2 ngadap pemboleh ubah...hari ni rasa nk update pasal pemboleh ubah dan nota berkaitan pemboleh ubah..
semoga bermanfaat kepada semua ye....

selamat belajar  (^_^)





selamat belajar ye.... kalau mahir soalan pembolehubah....soalan lain in sha Allah dapat kuasai...

Friday, August 29, 2014

Asid dan Alkali....

Salam....
Aku baru je abis ajar tajuk asid dan alkali tahun 5...seronok buat ujikaji asid alkali ni sbb guna bahan makanan...last week after ujian abis ari Jumaat.... aku kendalikan ujikaji menguji sifat bahan menggunakan kertas litmus:

Tajuk: untuk menyiasat sifat bahan menggunakan kertas litmus.
BAHAN: kertas litmus merah dan biru, serbuk kopi, gula, garam, jus limau, ubat gigi, sabun, syampu, asam jawa dan epal hijau.

Langkah: 
1. Celupkan hujung kedua2 kertas litmus dan perhatikan warna kertas litmus. Catatkan pemerhatian...

Kesimpulan:
1. Asam jawa, jus limau dan epal hijau adalah bahan berasid. (K.litmus biru menjadi merah).
 Asam jawa
 Epal hijau
Jus limau nipis

2. Syampu, sabun dan ubat gigi adalah bahan beralkali. (K.litmus merah menjadi biru).
3. Gula, garam adalah neutral (kedua2 kertas litmus tidak berubah warna).

Seronok buat ni....cer try ..mesti seronok.....
Next post aku update ujikaji rasa untuk tentukan sifat bahan n apajadi kalau dua jenis bahan dicampurkan....

Monday, July 11, 2011

Jadual Baharu

Salam...
saje je nak jadikan pembuka entry aku hari ni...
sejak radzi n fikry pindah..kitorang yang masih kekal..diberi jadual baru..so...officiallynya aku kini guru tahap 1 sebab sume kelas sains tahap 1 aku kebas manakala shahrizal amik tahun 4 dan 5
nk kene bukak balik buku praktikal sebab masa praktikal pun aku amik tahap 1 gak tahun 1 sampai 3..so, blh la aku rujuk aktiviti2 yg boleh dibuat...
Chaiyok ainnnn.....

Tuesday, March 8, 2011

Kursus Oh Kursus

Salam..
hmmm...
sejak dua tiga menjak ni..aku asyik kene g kursus...
bila g g kursus ni..sume orang kata..best la..dapat g kuar...xyah pening nk pikir kelas....hmmm...
xbrape nk setuju je dengan statement tu...
sebenarnya kalau g kursus ni..nak nak pulak yang makan 2,3 hari n lebih ni..banyak Pro and Cons nya....
yang positifnya...
1. dapat tambah ilmu...
2. dapat tambah kawan
3. luas pemandangan

yang negetifnya pulak
1. kelas banyak tinggal
2. kene siapkan tugasan banyak sepanjang peninggalan
3. sian kengkawan kerja yang kene ganti tu...

tapi nak wat camne kan????
sejak 04.01.2010 aku dah tetap n harus menggunakan dan mengamalkan nsatu frasa wajib "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"..
jadi nak wat macam mane..paksa rela ke hape ke..tetap kene MENURUT PERINTAH kan....

aku ni dah la baru je balik dari kursus pendidikan luar last 2 weeks....
ni esok kene g untuk Bahasa Inggeris plak...ganti Puan Nirmala...pastu terus sambung dengan kursus profisiensi bahasa inggeris untuk guru bukan opsyen,....nampak gayanya pasni xde alasan la aku nk mengelak ajar english....hmm...boleh ke?
harap2 la..ajar english ni best jugak..boleh nyanyi2//bersajak...cuma nak kene belajar lagi teknik mengaajr bahasa ni..nk sahut seruan kerajaan..MBMMBI....
Chaiyok2!!!!

p/s::::kepada kengkawan yang kene ganti kelas aku n aku xsempat tinggalkan tugasan tu.. terima kasih dan maaf ye..surat baru dapat tadi..esok dah kene g..xsempat nak wat tugasan..

Saturday, January 1, 2011

Sukatan Pelajaran Dan Rancangan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK)

01.01.2011
Permulaan tahun baru 2011..
bermakna...
bertambahlah usia semua insan dan makhluk Tuhan di dunia ini...
***Sekadar gambar hiasan dan untuk mengingati kenangan indah***


bagi aku...ia bermakna..permulaan tahun kedua aku sebagai PENDIDIK....
besar tanggungjawabnya,...amanah yang ibu bapa serahkan kepada kami para PENDIDIK untuk mendidik anak-anak mereka..kadang kala membuatkan aku gerun...
cabarannya sangat tinggi..disamping mendidik..kami juga diamanahkan untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang sesi persekolahan..betapa berat tanggungjawab para pendidik...
adakah insan yang memahami tugas kami?
di zaman yang mencabar ini...sedikit kesilapan guru..ataupun  kadang kala bukan kesilapan guru...tapi guru lah yang akan dipersalahkan....


03.01.2011 akan bermula sesi persekolahan 2011
satu lagi tahun yang mencabar...diharap aku dapat menajalankan tanggungjawab dan memikul amanah yang diletakkan di bahu aku...aminnn...


2011 ni..aku ditanggungjawabkan sebagai ketua panitia sains, guru sains, guru bahasa inggeris, guru bilik 'self access learning' (SAL), setiausaha mensyuarat guru, guru pengakap tahun 4, penasihat persatuan sains dan matematik, penasihat bola jaring(walaupun aku xbrape tau main bola jaring..aku akan cuba belajar dari yang arif)


untuk memulakan tahun ni..aku sibuk mencari huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan bagi subjek yang aku pelajari..disebabkan Laptop aku sudah arwah..makanya aku terpaksa cari yang baru maklumat sume tu..dan aku terjumpa dua blog yang sangat berguna bagi guru sains dan bahasa inggeris...
blog tersebut adalah:

  1. Learning English  - blog ni mempunyai banyak info untuk guru english seperti questions bank, dan RPT. bagi guru subjek lain juga bagus sebab ade HSP n RPT for all subjects in Primary School...
  2. Sains Sekolah Rendah - blog ni ada sume info tentang sains..daru huraian sukatan pelajaran, rancangan pelajaran tahunan, contoh surat mensyuarat, contoh kertas kerja berkaitan sains dan segalanya tentang sains sekolah rendah dan pengurusan sains..sangat berinformasi...teerdapat juga pautan-pautan berguna untuk para guru...
DI harap dengan info ni..para pendidik atau ibu bapa yang membaca entry ni sama2 mendapat maklumat yang diperlukan dan memperbaiki diri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab....

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan~First Day

Assalamualaikum...

 ni aku belajar dgn cikgu din camne nak wat..nice x?

heheheh..puasa ni mode tu baik je...hari ni dah mula puasa n in fact jap lagi dah nak berbuka dah...saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Kepada Semua Followers saya n semua yang Membaca blog saya...semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik sepanjang ramadhan ini..jika ade entry dalam blog saya ini yang menyinggung perasaan anda...saya mohon kemaafan...

okeh....now..lets talk about my first day in ramadhan...today's class went by smoothly..masa kelas PJK tadi aku dah jadi cam bosan lak asyik murid wat poster je..so for today's topic iaitu cara bantu mula untuk kecederaan ringan, aku suh diorg duk dalam 3 groups then  give them one injury..in group they discuss on how to do bantu mula..then..diorang kene lakonkan macam mane nak wat..hahaha...quite fun la..memang fun..kelas yang lagi dua english n science..ok je..tapi hari ni aku cam baik je sampai ade budak tahun 3 masa kelas english cakap "hari ni cikgu baik je..slalu garang"..hahaha..garang ke aku..hahaha...biasa la aku cuba kontrol diri supaya x menyinga..diorang wat salah pun aku cool lagi..hari ni la..esok tak tau la..hahaah

masa nak balik tadi aku carik kak Laila sebab nak tanya tentang nasyid guru jumaat ni..aku tengok kereta ade tapi dah abis satu sekolah aku round xde jugak kak laila..so lastly..aku call la..tanya akak kat mane..upenya hubby dia datang..n dia kuar ngan hubby dia x bawak kte...aku plak ingat kak laila balik jalan kaki..hahahaha.

pastu aku g avon beli barang avon order kak laila ngan kak kiah..masa nak balik dah sampai pasir besar,..ade xcident plak kat jalan pasir besar paling 1..kete wira warne silver dah masuk gaung..masa aku lalu orang tu suh aku benti cos tow trak nk tarik kuar kete tu..aku dah tutup mata dah..aku takut..nasik bek pastu dia suh aku jalan..selamat....
takut beb..kalau darah2 aku boleh muntah kat situ jugak..bukannya aku takut darah tapi kalau darah ngeri cam dalam fb kawan abg ipar aku tuh aku takut mane tak takut kalau lengn putus..muka dah robek..uishh..jgn buat pasal
opss..dah nak bebuka ni..ok la..sampai sini je la ok...selamat berpuasa n berbuka :)

Thursday, August 5, 2010

Unique class

hmm..apa yang uniknya?.....
esok aku ade kelas dengan tahun 5B yang mana sekarang ni murid 5B sume ditempatkan di dalam pusat sumber yang tiada papan tulis n murid sume kene duk atas karpet..so, how am I going to teach them science???
hmmm...
boleh je..buat je jadi macam group discussion..give one situation about the lesson's topic and then let them discuss..of coz with teacher's guidance..tapi susah jugak la sebab nak tunjukkan gambar tak dapat...so harapnya esok aku tak lupa la nak bawak ABM..tunjukkan benda maujud lagi mudah diorang nak faham kan..so..jangan pening2 amy...
dalam library ni banyak sumber..ari tu pas abis kelas dengan diorang then cikgu next tu tak masuk lagi, aku wat sesi bercerita dengan diorang..actually quite fun for me and them..hehehe...
ok la...time to sleep now...late already..kalau lambat lagi tido takut x sempat nak wat breakfast lak esok..tapi macam malas nk breakfast esok..hehehe..ok la...good nite...

p/s : perlukan tidur yang cukup untuk hari esok yang bersemangat..hehhe

Wednesday, July 28, 2010

Cakap TaK SeRuPa BikiN

Aku paling TAK suka orang yang cakap tak serupa bikin..kalau perangai dia tu effect kat dia je xpe..kalau dah aku2 skali terheret sama..hangin je aku rasa..uit....
salam..lupe lak nak bg salam..x nyempat2 nak mengamuk plak....
bukan apa..ada la satu hamba Allah ni..bila aku bgtau pasal kerja yg dia kene wat..n due date dah dekat...masa tu dia dengan bangga n senang hatinya cakap "xpe2 saya buat"...then aku bagilah segala benda yang diperlukan untuk membuat tugasan tu..pastu dia pun senyap je...aku ingatkan hamba Allah ni dah siap n dah hantar la...
tapi...
tetiba tadi masa aku diberitahu ade orang dah burukkan aku cakap aku x buat keje (tugasan) tu..hangin la satu badan aku..terus je naik darah aku..nasib bek aku tak mengamuk je..kalau aku mngamuk tadi...diorang pun mesti takut ngan aku sampai bila-balia.(uishh garangnya i.)
aku boleh buat benda tu kalau dia x sanggup buat..x sempat nak buat..bagi je kat aku..cakap je..aku boleh buat la...yang pegi senyap je tu kenapa???..bila jadi macam ni..aku yang kene la b******g...macam ha***h je perangai tuh..kalau x larat wat sorang jangan la poyo sangat..kongsi la ngan orang lain..dah skang ni aku plak kene cop pemalas..itu satu cite yang aku nak buat tapi ade yg rajin tapi cakap tak srupa bikin....

satu lagi ni..pasal..program yang akan berjlan...aku serius tak tau @ tak perasan yang nama aku bawah ajk buku program..n tadi aku diberitahu pasal tu..aku pun mintak maaf n cakap aku tak tau..tak ingat..yang aku kene awat buku program n aku terus cari maklumat nak wat menatang tu...boleh pulak cakap "kene la ingat tugas sendiri"...beb...aku dah minta maaf pun..aku memang tak ingat la...jangan la pandang aku macam aku ni bapak segala manusia pemalas kat dunia nih..sedey aku tau..nyaris2 aku nak menangis tadi...tapi nasib baik tak...aku bukan pemalas la weh..manusia biasa la buat kesilapan..lagipun bukan salah aku sorg kalau dalam meeting pun xpenah sentuh pasal isu buku program ni...

p/s: kepada yang lebih senior, saya mintak maaf diaatas laras bahasa yang saya gunakan..inilah apa yang ada dalam hati saya...

Thursday, July 15, 2010

Kursus pemantapan Pedagogi Sains n Math in Malay year 4

Aku baru balik dari menghadiri kursus selama 3 hari di SK Tunku Besar Tampin. mula ri selasa  sampai khamis..i've learn alot..actually kursus ni pasal nk ajar sains n math dalam bahasa melayu..aku g bahagian sains, Radzi bahagian Math.. its quite fun seeing other teachers..

masa kursus tu kitorang kene wat modul RPH untuk teori pembelajaran konstruktivisme, kontekstual, inkuiri penemuan n masteri learning.. kami kene pilih group..


so..ni la group aku..walaupun yang tengah tu kak azian opsyen BM..n dihantar untuk sains..tapi good for her sebab akan dapat alot of experience..maybe dia akan kene ngajar sains nanti..hehehe...Yang hujung tu kak zai cikgu skolah sungai dua..seronok group ngan diorang..hehehe.thanks kakak2 sume...

lepas sume ni its all make me feel eager to improve my teaching..hope i'll be a better teacher. semoga aku dapat tingkatkan preatasi sains sekolah aku....

nanti kene wat penarafan kendiri bilik sains..aduh..datang balik migrain aku coz skolah aku xde bilik sains wat masa skang n sume barang sains berterabur n aku diberitahu yang aku kene kene sume barang-barang sains tu..huhh....kene cari kotak banyak2 dulu nih..kene berkampung dalam stor lagi plak..hmmm..hopefully dapat la submit borang penarafan tu ikut deadlinenya..hmmm..

p/s: aja..aja..fighting !!!

Tuesday, July 13, 2010

5 YeArS ALrEaDy.. (^_^)

Hari ni aku ade kursus pemantapan pedagogi sains dalam bahasa melayu di SK Tunku Besar, Tampin...So pagi tadi kul 7 pagi aku gerak la ke tampin dengan bahan-bahan yang diperlukan. banyak plak lari n kereta pagi-pagi ni...dah la aku dah lambat..bertambah lambat dengan kete aku yang tak boleh bawak laju coz tayar depan dah botak n nampak dawai jaring tu la..tu pun bukan  aku yang perasan pun..semalam abg sepupu ipar aku yang nampak masa aku g umah sepupu aku...hari ni melayang lagi la $$$$$$ aku....

masa aku dah sampai tebong tetiba hp aku berbunyi..aku ingatkan ade orang call aku..upenya aku punya reminder yang berbunyi sebab rupenya ari ni dah genap 5 tahun aku kawan ngan cik abg aku..hehehe..baru sedar la msa tu..kih kih kih..nasib baik ade reminder hp..kalau x dengan aku2 xingat...

p/s: biasalah kita kan manusia biasa yang banyak kelemahan.. :D