Followers

Showing posts with label Pengakap. Show all posts
Showing posts with label Pengakap. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Lagu persetiaan undang-undang pengakap..


Masa perjumpaan pengakap semalam (rabu), aku kene bawak sekawan hijau pastu cikgu yang kene bawak sekawan biru n kuning pun join coz cikgu tu xtau pasal pengakap..yang sorang tu dulu PBSM n yang sorang lagi penyelaras TKRS masa kat sekolah lama…so..aku nak mudah sebab masa tu Cuma ade 15minit je..aku pun ajar la bebudak nih lagu persetiaan undang-undang pengakap...
Dipercayai, taat berguna
Bersaudara, berbudi
Kasihkan binatang, menurut perintah
Tabah hati, berjimat
Suci fikiran..
Suci perkataan..
Suci perbuatan...

Tuesday, April 20, 2010

Laung agung dan istiadat pengibar bendera...

Laung agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali perjumpaan pengakap ataupun di pagi hari semasa perkhemahan pengakap. antara turutan susunan laung agung adalah seperti berikut. gambar yang disertakan ialah semasa perkhemahan pengakap tahun 6 PKG Gemas tahun 2010 di tapak perkhemahan pasir besar pada 16 - 18 april 2010 yang lepas. perkhemahan ini disertai oleh ahli Pengakap kanak-kanak (PKK) disekolah-sekolah kebangsaan di Zon Gemas seramai 48 orang. istiadat laung agung ialah:

  1. para ahli PKK akan berjalan seperti biasa di kawasan tapak perhimpunan. kemudian Akela akan menjerit PEK....apabila mendengar sekali pek..ahli PKK akan berhenti dan berdiri tegak.
  2. Akela akan menjerit PEK..PEK..PEK..pabila mendengar 3 kali laungan pek, PKK perlu berlari dan mengerumuni akela. pada masa ini, kedua-dua tangan akela berrapatkan si dadadengan tapak tangan kanan di atas tangan kiri.apabila akela mendepangkan tanagn, PKK akan membuat bulatan mengelilingi akela dengan berpengang tangan. setelah bulatan kemas, tangan dijatuhkan.
  3.  
  4. selesai membuat bulatan, PKK menjingkitkan kaki. kemudian akela menjatuhkan tangan dan PKK perlu mencangkung dengan tangan lurus disisi. dengan serta merta, PKK perlu menyebut "AKELA KITA BUAT HABIS BAIK"
  5. Akela tabik (mencabar) seorang Ahli PKK yang bertentang dengan akela. kemudian PKK ini perlu bangun dan membalas tabik akela sambil berkata "KAMU BUAT HABIS BAIK?". setelah itu ahli PKK yang lain bangun sambil tabik dan menyahut "KITA BUAT HABIS BAIK". setelah akela menjatuhkan tangan barulah ahli PKK menjatuhkan tangan.
 
8.   seterusnya istiadat mengibarkan bendera..setelah selesai aktiviti di (4), akela akan menyebut "BENDERA" dan orang yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendara dalam keadaan berkawad. kemudian pkk ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. apabila pkk ini tabik pada bendera, semua ahli pkk yang lain mengikut tabik pada bendera. kemudian pkk ini bergerak ke kedudukan asaknya.


9.   seterusnya akela menyebut"NEGARAKU".semua pkk perlu menghadap bendera dan menyanyikan lagu negaraku.
10.     setelah itu, akela menyebut "DOA". pada masa ini, pkk di sebelah pengibar bendera akan bergerak ke hadapan satu langkah dan menyebut "UP" bagi menadah tangan dan terus membaca doa. setelah selesai pembaca doa menyebut "UP" lagi sekli untuk menjatuhkan doa.

  1.  
    11.   setelah selesai, akela akan melaporkan kepada ketua dan akela memberi taklimat kepada pkk.

    12.   untuk bersurai, akela akan menyebut "KELUAR BARIS" dan pkk perlu keluar baris dengan tiga langkah.
SETELAH SELESAI ISTIADAT LAUNG AGUNG DAN MENGIBARKAN BENDERA BARULAH AKTIVITI PERKHEMAHAN ATAU PERJUMPAAN DIJALANKAN.

p/s: terdapat masalah pernomboran turutan..harap maaf.

Friday, April 16, 2010

Camping

Salam...Aku suka camping walaupun aku bukan seorang yang sangat berani..sebenarnya boleh diakatakan agak penakut..contohnya aku takut naik jambatan gantung kat kem lenggong perak..tapi masa first time je..pastu mesti aku nak naik lagi..macam flying foz pun camtu..memula takut tapi pastu nak wat lagi..cuma aku surrender kalau suh wat "mlm burung pungguk" banyak2 kali..huuuiiii..itu yang cek paling takut tuh...hehehe

Minggu ni ade perkhemahan pengakap peringkat daerah tampin kat tapak perkhemahan pasir besar..aku dusuruh anta n jemput budak je..tadi aku stay sampai 2.45 pastu anta budak ke kem...trus balik ke rumah..n esok aku kene ade di sane kul 8 pagi coz tetiba nama aku dah dimasukkan ke dalam senarai fasilitator..fuhh....tekajuit (tekejut dlm loghat minang)...tapi xper..aku memang suka pun..aku yang mintak kat cikgu kamalludin kalau ade apa2 aktiviti pengakap, aku nak join...tu yang dapat tu kot..hehehe

seronotnya...tapi debar gak..tetiba je nak g jadi fasi..xtau pape pun..tentatif pun xtau....hehehe..ini dah boleh dikatakan fasi bidan terjun la nih..hehehe....bila sampai kat tapak perkhemahan tuh tadi, teringat kenangan zaman aku sekolah menengah masa aku camping pengakap, kadet polis kat situ dulu..masih ade lagi tapak khemah aku..tapi aku tengok tempat yang aku slalu pasang khemah tu pengakap pompuan yang duk..bertentang dengan khemah students aku..jgn main mata dah la ye..hehehe


malam ni nak tido awal...harap2 dapat bangun  macam biasa la..aku ni kalau cuti sabtu ahad, mata memang xkan terbangun kul 5.30pagi de..mesti lewat dari tu..mintak2 dpat la bangun kul 5.45..dapat ke?heheeh..we will see.... :D

Friday, March 5, 2010

Pengakap....

Aku suka aktiviti ko-kurikulum selain sukan..sukan aku suka gak tapi macam sukan lontar peluru, lempar cakera je la...faham2 je la ek..hehehe..aku paling suka camping..sangat best..sebab tu dulu masa menengah rendah aku masuk pengakap tapi pengakap x aktif plak..bila kat maktab, aku dapat pengakap..bukan main best lagi de..pengakap nih ade banyak aktiviti..menyanyi, berkhemah..dia ade sejarah n asas yang sangat menarik iaitu cerita hutan mowgli..masa aku praktikal bukan main lagi ajar budak belakon cite mowgli...
masa perjumpaan pengakap, mesti ade laung agung, upacara bendera..macam2 lagi la..aku dah penah janji nk masukkan info tentang pengakap kan?..ni aku ade masukkan sikit2..tgk kat post baru ye...
kat SK sungai kelamah ni pun aku guru pengakap...sekarang ni aku baru ade kursus manik kayu 1..harap2 nanti dapat la kursus amik kayu 2..aku nk dapatkan manik kayu n dapatkan status pemimpin coz sekarang aku cuma penolong pemimpin pengakap je..chaiyok2!!..

Sunday, April 26, 2009

Perkhemahan unit beruniform (Pengakap) IPGM zon selatan - Kursus manikayu Peringkat 1

penatnya...aritu aku camping kat kem kaizen, pekan nanas, Johor,..best gakla. tapi disebabkan ini kursus untuk jadi pemimpin pengakap disekolah, jadi ia banyak LDK...x banyak aktiviti yang mencabar,,tapi apepun aku tetap rasa penat dan best...lagi 2 minggu unit aku kene g Bina Insan Guru(BIG) kat pengkalan balak plak..yg ni akan dipenuhi dengan aktiviti yang mencabar
ok berbalik kepada campin di kem kaizen, aku belajar macam mane nk handle pengakap disekolah nanti..memang seronok..aku rasa bila aku dah posting nani, aku nk ambik kursus manikayu peringkat 2 dan 3 plak pastu nk dapatkan 2 biji manikayu boleh jadi pemimpin..sekarang ni status aku cuma penolong pemimpin coz cuma ada sijil peringkat 1 je. aku memang suka campin walaupun ader sikap penakut..hehehe..
nanti biler aku dah transfer gambar dalam laptop, aku upload gambar camping kat blog ni ek..ok
assalamualaikum

p/s: nanti aku nk post info tentang pengakap,...nantikan...