Followers

Friday, February 22, 2013

Kunjungan Jemaah Nazir n9

Salam..minggu ni seminggu jemaah nazir n9 berkampung kat sekolah aku...
pemeriksaan penuh..
hari pertama lagi hari Isnin aku dah kene cerap dah masa kelas tahun 6..
i've tried my best...
 
tapi xtau la pandangan dia mcam mane...
harap2 ok la....
pastu boleh spoil plak aku salah masukkan minit mesyuarat...
macam mane boleh xperasan yang aku termasukkan minit mesyuarat tahun lepas dalam fail panitia...
aduhhhhh....
dah dia ingat aku x wat meeting plak....
habis la aku..
semalam masa ceramah nazir tu..dia ade sebut boleh pulak ade yg tersalah masukkan minit...
abisla aku....
mampuuuusssss....
hari ni ulasannya sekali PPD pun ade datang..xtau la..
apa nasibnya....
kekurangan yng ketara ialah kat dalam bilik sains 2 xde kata-kata "UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA"
jadinya sebelum cuti bersalin ni..aku kene la siapkan...
harap2...nanti siap la....
nasib baik semua buku rekod penggunaan,pinjaman, pecah, rosak sume aku dah sediakan tahun lepas lagi cuma xpernah guna sebab xpernah ade masalah tu semua...
dan nak kene request fire extinguisher tuk bilik sains....
itu nanti aku bincang la masa meeting nanti...
yang lain2 pasal pengurusan panitia rasanya ok dah..tapi xtau la kot2 ade yg dia xbgtau aku...
pasal PnP aku plak..dia kata ok...ade induksi, BBM, cuma kalau boleh selain bawak gambar, bawakla bahan maujud...ari rtu aku tunjuk gambar kereta, basikal..kalau boleh dia kata "bawak la kereta mainan ke...basikal mainan ke....cikgu kene la beli..." katanya.....
ok...akan diusahakan....hehehehe....
In Sha Allah....

Friday, November 9, 2012

Last Day of School

hari ni adalah hari terakhir persekolahan..
banyak sangat kerja yang perlu disetelkan..
buku rekod mngajar, akuan kelab guru dan staf, minit mesyuarat akhir guru, fail peribadi murid, rekod kemajuan murid, resit PIBG, fail HEM,... 
evidens KSSR, yang paling xbrape nk senang disetelkan adalah key in band murid dalam laman web SPPBS..
ada masa laju.. ada masa slow...
dah la kene masukkan ikut bulan..
so..sambil2 aku keyin band tu..kemas2 la meja sikit...
siap kemas meja n buang kertas2 yang xberguna.... tgk2 dah slow dah...
tu yg update la blog dah dah tumbuh2 rumput liar ni sebab lama dah x diselenggara...
so malam ni cuba lagi...
ingat nk stay up...
pagi2 buta mungkin laju skit sebab ramai yang tido kot...
hehehehe...
ok.... wish me luck...

to all students...
HAPPY HOLIDAY...
to all form 5 n 6 students...
GOOD LUCK 4 UR SPM n STPM

Wednesday, September 26, 2012

It's My Birthday... :D

Salam..
hari ni 26 September 2012....
27 tahun lepas pada pukul 7.45pagi... bertempat di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan...
seorang bayi perempuan yang comel (comel ke?)   selamat dilahirkan oleh seorang wanita....
hahaha...
27 tahun kemudian..
bayi perempuan itu sedang meng"update" blognya...
hahaha...
saje je..nk bagitau....
hari ni....
****kredit to google 4 da pic****

genaplah 27 tahun aku menghirup udara di Bumi Allah ni....
dan seperti yang aku impikan...
yang mane aku slalu berangan yang aku akan bergelar isteri pada usia 27 tahun..
tak tahu kenapa aku pilih 27 tahun...
dan impian aku terlaksana....
pada genap usia 27 tahun, genap 4 bulan aku menjadi seorang isteri...dan genap 14 minggu bayi dalam kandunganku...
tiada apa yang lebih membahagiakan....

tiada hadiah yang aku impikan...
cukuplah sekadar ucapan dan doa dari insan-insan yang aku sayang dan rakan-rakan yang mendoakan...
terima kasih semua...

Friday, July 27, 2012

Fidyah - part 2

Ok..bagi yang dah baca post yg lepas... [klik sini]
ade aku selitkan tentang golongan yang dikenakan fidyah n maksud fidyah...
jadi ni AKU NK UPDATE TENTANG GOLONGAN YANG DIKENAKAN FIDYAH...
yang ni aku amik bulat-bulat dari laman web PZNS (Pusat Zakat Negeri Sembilan)

mari sma-sama membaca:


BAYAR FIDYAH SAHAJAKADAR FIDYAH
1. Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuhsatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa
2. Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati)satu cupak X hari yang ditinggalkan puasa
BAYAR FIDYAH DAN QADHA PUASAKADAR FIDYAH
1. Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnyasatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
2. Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air sususatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
3. Melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnyasatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa(jumlah bayaran fidyah akan berganda mengikut tahun yang ditinggalkan) dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan



Fidyah? apa tu??? - part 1

Salam....
Bulan puasa ni mesti ramai yg bernekad nk puasa penuh kan?
bagi kaum lelaki....kalau xde keuzuran (sakit/keje x berat) haruslah penuh kan?
bagi kaum wanita pulak..mane2 yang dah kahwin n tengah mengandung mesti rasa excited sebab akhirnya dapat jugak puasa penuh kan???
tapi bagi yang normal..mesti berdoa-doa agar diberi rezeki untuk puasa penuh..macam aku tahun lepas..alhamdulillah raya ke-5 baru datang miss Red tu..sebab period xteratur..so..last year..dapat la penuh....
seronok sebab xpayah ganti..hahahaha
bagi yang tertinggal puasa wajiblah ganti kan????
tapi ade jugak golongan yang tidak diwajibkan mengganti puasa yang tertinggal dan boleh dilunaskan dengan hanya membayar FIDYAH.... siapa yang kene bayar fidyah ni??
mengikut yg aku baca n aku faham..(aku lupa dah dari laman web mane)
tolong betulkan jika aku salah ye..

terdapat tiga golongan:

  1. golongan yang uzur (haid) wajib mengganti puasa sesudah bulan ramdhan (xbleh bayar fidyah kene Qada puasa)
  2. golongan yang musafir, hard labour (pekerja binaan, lombong, yang bekerja keras n dibawah terik matahari) pada bulan puasa yang mane selepas bulan puasa tidak lagi melakukan pekerjaan tersebut, wajib mengganti puasanya setelah habis bulan ramadhan dan setelah tidak dikerjakan pekerjaan berat tersebut (yang ni pun xleh bayar fidyah..kene Qada)
  3. golongan yang bekerja keras/hard labour ( pekerja binaan, lombong, yang bekerja keras n dibawah terik matahari) yang memang pekerjaan tetapnya dan tetap dilakukan pada bulan-bulan seterusnya.... maka golongan ini diberi kelonggaran untuk membayar fidyah atas puasa yang ditinggalkan semasa hari bekerja (isnin-jumaat/sabtu: ahad kene la puasa)....
***** SILA BETULKAN SAYA SEKIRANYA SAYA SILAP*****


Apa Itu FIDYAH?????
ok..mari kita kongsi ilmu yang aku copy n paste dari laman wen Pusat Zakat Negeri Sembilan...
terima kasih kepada PZNS atas penerangan dibawah ini..sama-samalah kita menambah ilmu di bulan Ramadhan ini....

Apa Pengertian Fidyah??
Fidyah bermaksud denda yang dikenakan kepada orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas sebab-sebab tertentu atau kerana sengaja melewatkan qadha puasa bulan Ramadhan yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.

Apa Hukumnya Fidyah ni?
Wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan seperti firman Allah swt yang bermaksud :
Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari yang tertentu), maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, bolehla ia berbuka. Kemudian wajiblah ia berpuasa (yakni menggantikan sebanyak hari yang dibuka) pada hari-hari lain dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.  (Surah al-baqarah : 184)
Ibnu Abbas ra telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan membayar fidyah.
Maksudnya : "Orang yang sangat tua dikalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa, hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan puasa sebagai ganti".  (Hadis riwayat al-Bukhari)


...MAKANYA...
ITULAH SERBA SEDIKIT TENTANG FIDYAH....

Thursday, July 12, 2012

Novel, Cerpen Online..

Salam...
Minat Baca Novel???
Minat Baca Cerpen???
Xde masa nak pegi kedai buku untuk membeli novel??
Xpe.... Boleh klik je link yang ni.... EmanSufi
Sambil-sambil baca cerpen Online..
leh dengar Karya.fm...
baca sambil berhibur....
best x?
apalagi..jom....

Anda juga boleh baca kat Penulisan2u.com
sekarang ni aku tengah baca novel farisha Imani..
tajuknya...
****kredit to Google for the pic****

Suamiku bukan Romantik tapi Autistik.. 
ade 880 muka surat..memang best novel ni..setakat ni aku baru baca sampai m/s 400...
memang asyik la layan novel ni...
novel ni boleh jugak kat online penulisan2u.com tu....
apa lagi..jomla....
klik sini tuk baca prolog novel ni....
korang boleh baca novel ni online..tapi kalau nk syokk lagi..golek2 atas katil..atas sofa..pegi la kat bookstore berdekatan n beli novel ni....best oo...