Followers

Monday, June 7, 2010

PeSaN AyAh



Sejak kecil pelbagai peristiwa terjadi dalam hidup aku…
Aku ingat lagi pesan ayah aku..
“tulis la kisah hidup kau lang”
Sebab ayah tau aku suka menulis cerpen…
Sebab ayah tau aku suka melukis…
Tapi…
Semakin aku besar..
Semakin aku luper kata-kata ayah…
Sebab…
Itu dilafazkan oleh ayah 3 tahun sebelum kepergiannya…
Kini..
Aku teringat kembali…
Aku terfikir untuk menulis di blog ini..
InsyaAllah..kaklang akan tulis….

Sunday, June 6, 2010

Kawan Kahwin

Semalam, 5/6/2010 aku pergi ke Melaka umah Lisa untuk majlis persandingannya...aku tunggu dila n rose kat tol simpang ampat..huiisshhh..ramai btl orang kat tol semalam.bila dah jumpa rose n dila, aku follow blakang coz rose naik ngan dila..bolehla dila bacakan peta coz kitorg xtau jalan pun..ok la setakat sampai masjid tanah berjlaan lancar pastu kitorg dah x nampak dah signboard ke matrikulasi..dila g tanya orang kat shell..pastu ok la..dah sampai, aku tengok macam kenal je tempat ni..upenya umah lisa sangat dekat dengan tempat kitorg BIG tahun lepas...

bila tengok je laut tu, teringat je kenangan-kenangan masa BIG

kat umah lisa, jumpa Aisyah..ok la dia nampak ceria je..pastu dah makan2 ngan bergambar, kitorg nak gerak balik tapi macam baru je sampai so lepak la kat tepi laut jap...

kepada lisa n hafiz selamat pengantin baru..semoga kekal ke akhir hayat


on the way back..aku sangat la mengantuk...sampai je umah baru teringat acik duan pun kenduri kawin anak dia tapi aku dah xmampu nak singgah..kepala ni dah berat sangat macam migrain je rasa,,,.aku pun tido awal..malam tu masa malam berinai umah cik duan pasang mercun aku yang tengah tido tekejut coz aku ingatkan ade short circuit..hampeh tuh...
arini jap g aku nak g singgah umah acik duan pastu nak g jelai umah kak anim...sibuk je pegi majlis orang..bila plak la masanya orang nak datang majlis aku ni..hmmm

Thursday, June 3, 2010

Lama Vs Baru

hmmmm..penat aku pikir apa nak buh tajuk entry aku yg nih..sebenarnya aku nak bercerita tentang teknolgi percetakan lama vs baru...
dah lama dah kan manusia jumpa teknologi cetak..dari gelek guna manual sampai la skang ni ade mesin cetak macam2..ade printer pc, fotostat, ade riso..sume tu untuk memudahkan manusia..

benar..tanpa lama xkan ade yang baru tapi semua yang lama pasti berevolusi menjadi yang baru...contohnya mammoth(gajah purba) dah berevolusi menjadi gajah yang ade skang ni...dari mesin gelek, sekarang, dunia ni dah ade mesin riso..

benarrr...kita x boleh lupakan yang lama...bak kata pepatah melayu jangan jadi kacang lupekan kulit...tapi...
di dunia yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi ni..xsalah kita mengikut peredaran zaman dengan menggunakan yang baru disamping tidak melupakan yang lama...

mesin gelek ialah satu ciptaan manusia yang unik..aku kagum masa kali pertma lihat mesin tuh..tapi sampai sekarang aku masih tidak dapat menggunakan teknologi lama tu dengan betul..aku dah belajar banyak kali...n now i got problem..exam PJK esok, soalan yang digelek 4 m/s, tidak nampak n tidak boleh dibaca..jadi..penyelesaiannya..aku tetap pergi ke teknologi baru yang kurang bermasalah n mudah dikendalikan....

marilah kita sma-sama memanfaatkan kemajuan ciptaan manusia yang merupakan ilmu Allah...

mesin gelek --- teknologi lama


 mesin fotostat---teknologi baru [link]

p/s: sekali lagi seperti biasa n seperti entry2 sebelum ni...aku lari tajuk n mengarut ntah ape2 ntah...

Nilam oh Nilam..


Awal tahun ari tu masa mesyuarat PSS, aku g toilet jap pastu balik dari toilet, cikgu2 ni cakap…mane kau pegi?orang cari ni..cikgu lain lak cakap..tahniah..tahniah..aku cam konpius je masa tu..pastu barula aku tau aku dah dilantik jadi guru nilam rupenya..hahaha..terima je la…
Semalam, Guru media bgtau aku yg aku kene g bengkel nilam kat PKG tampin..so..aku pegi la..
Pening pale dengar ceramah…
Banyaknya keje nak kene buat…
Takutnya bila pemantau datang..
Macam-macam ade….
sompek yo begambar..
chaiyok2!!!!!
hidupkan nilam SK SK...
insyAllah..

Monday, May 31, 2010

Exam

Bermula 1 jun – 4 jun 2010 murid-murid SK Sungai Kelamah akan menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun…Penat gak aku kene wat 4 paper exam English year3, sains year 4 and 5 pastu PJK tahun 4…memula ingat nak guna stensil n gelek..tapi maklumlah aku ni wanita generasi muda..hahaha..mane aku tau guna benda tu..aku cuba belajar n dah tau dah nak guna tapi nak print atas stensil tu sebelum gelek je untuk 20 pages aku amik masa satu jam setengah..lama betul…bila dah print aku anta gelek..tak Nampak pulak..Paper sains kan perlukan banyak gambar..so gambar2 tu x Nampak dengan jelas walaupun aku x scan pun..aku amik gambar tu dari sumber yg boleh di[ercayai n then aku taip sendiri soalan..Last2 aku phostat je...RM41.50 untuk 3 paper,,ade lagi 1 paper iaitu PJK lum print lagi..tengoklah nanti aku nak guna teknologi moden ke teknologi lama..hehehe..
Dalam TV sibuk cakap dunia dah moden masyarakat dah maju tapi sesekali kita kene ingat x semua masyaratkat maju n moden..heheeh..
Ntah ape-ape ntah aku merapik ni..dah jadi habit aku lari n kuar dari tajuk..hahaha..
Papepun..Hopefully all my pupils will answer all questions and hopefully they will not submit blank paper…kalau anta kertas kosong memang aku hangin..dah penat2 aku potostat..diorg xnk jawab plak…
Hehehe…tunggu resultnya masa cuti ni eh…

Friday, May 28, 2010

Sejarah pemerintahan Yang Dipertuan Besar Di Negeri Sembilan


Raja Melewar adalah anak raja Minangkabau dari Pagar Ruyung. Nama asalnya ialah Raja Mahmud putera kepada Sultan Abdul Jalil Pagar Ruyung.[1] Raja Melewar telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang DiPertuan Besar yang pertama.
Sebelum Raja Melewar bertolak ke Negeri Sembilan, Yang DiPertuan Pagar Ruyung telah merintahkan seorang kerabat diraja bernama Raja Khatib untuk pergi lebih awal membuat persiapan menyambut Raja Melewar di Negeri Sembilan. Bagaimanapun sesampainya Raja Khatib di Seri Menanti, dia telah mengaku sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyung. Penghulu Seri Menanti bernama Penghulu Naam telah mengahwinkan anak perempuannya dengan Raja Khatib.
Sementara itu di Pagar Ruyung angkatan Raja Melewar mula belayar menuju Tanah Melayu. Bagaimanapun sebelum ke Negeri Sembilan, Raja Melewar terlebih dahulu mengadap Sultan Johor yang kemudiannya menganugerahkan cap mohor dan diberikan kuasa untuk memerintah semua tanah jajahan di Negeri Sembilan.
Selepas perlantikan itu Raja Melewar dan angkatannya berangkat menuju ke Negeri Sembilan melalui Naning. Sampai sahaja di Naning, angkatan Raja Melewar telah bertembung dengan angkatan perang Bugis pimpinan Daing Kemboja. Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan Bugis berjaya dikalahkan dan Daing Kemboja terpaksa melarikan diri.
Raja Melewar kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Kampung Penajis. Tempat bersemayam Raja Melewar ini sampai sekarang diberi nama Kampung Astana Raja.

Selepas pertabalan itu Raja Melewar memimpin satu angkatan perang untuk menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Penghulu Naam bertindak menderhaka dan bangun memberontak menentang Yang DiPertuan Besar Raja Melewar. Dalam peperangan itu Penghulu Naam berjaya dikalahkan dan dia telah dihukum pancung. Dengan itu selesaikan ketegangan dalam pemerintahan Negeri Sembilan ketika itu.

And I ask my friends about the feeling i feel everytime i sing patriotic songs...
kalau aku nyanyi main2 sambil beborak pun boleh meremang bulu roma aku..kak laila cakap maybe aku ade darah pahlawan..hehehe..ayah aku bukan askar..tapi bila di tengok salah silah ayah aku..memang moyang aku dulu datang mengiring raja melewar dari pagar ruyung..ni ayah aku yg citer..bukannya moyang aku menteri ke apa..cuma hulubalang je menurut ayah aku..mungkin sikit sebanyak jatuh kat aku kot patriotik dalam diri tuh..hehehe....
yess memang aku keturunan indonesia minang..coz moyang ayah aku dari pagar ruyung n uwan aku sebelah mak aku from jambi..both from sumatera...but i'm Malaysian..and I love Malaysia..aku sakit ati kalau orang nyanyi lagu negaraku n lagu negeri main2..terutamanya anak murid aku..memang siap la diorg pastu kene marah kalau x berdiri tegak masa nyanyi lagu negaraku kat perhimpunan..hehehe..
its good when you know about your family's history..but that's all i know n i know i have relative at rembau but i do not know them..
next time I'll tell you guys about suku...its all about adat perpatih.. hehehe