20 mei 2010 sambutan hari guru peringkat sekolah aku..ade la aktiviti yang dijalankan...boleh la..ni pengalaman pertama sambut hari guru sebagai guru terlatih..dapat gak adiah..ingatkan xde yg sudi nak bagi...aku cuma ade gambar hadiah je...gambar aktiviti nak kene amik dari cikgu kamaludin dulu...
semua hadiah yang aku dapat
kek batik..sedap kek ni..adakah dia nak perli aku coz saiz aku yg besar ni?hmmmmm....xkisahla yang penting kek ni sedap..
yang ni kad ucapan dari budak kelas aku..atiqah natasya..terharu plak aku masa dia bg kad ni n cakap..cikgu ni buatan saya untuk cikgu....ucapan kat dalam..harap cikgu simpan..
Yang ni dapat masa cabut tukar-tukar hadiah..lawa gak set ni..siap ade bekas abuk rokok lagi..hehehe..suka la mak aku..banyak dapat bekas plastik ari ni....
Ini hadiah pertama yang aku dapat masa hari isnin 17 mei..dalam ni ade kan batik warna biru n ade surat dari parents dia yang cakap time kasih coz ajar anak dia..siap ade sajak usman awang lagikk..canggih parents skang ni...
papepun..time kasih kepada semua yang sudi bagi adiah..
Kenapalah kantin sekolah aku makanan mahal-mahal...xpernah aku jumper kantin sekolah yang jual mahal..dah tu sumer fail math ke apa ntah.. ade ke patut kuih satu harganya RM 0.30 (30 sen) tapi kalau amik 3 kuih dia kira RM1 (singgit).aku penah tanya kenapa satu 30sen bila 3 singgit?bukan 90sen ke? orang2 iaitu pekerja n tuan kantin tu wat dek jer..budus tul..hangin je satu badan.. tadi aku amik sayur n ikan..nasik 5 suap harganya 4 hengget..adussss.....kalau ade yang beranggapan boleh berjimat kat sekolah..maka anggapan tu otomatik salah kat sekolah aku...
kalau aku cakap nak makan mee budak, dia amik mee budak (murid) yang ade dalam pinggan plastik kecik tu n then dia transfer ke pinggan kaca besar pastu harganya 2 hengget. tu x buh ayam tu..kalau ade ayam 3 hengget.
aku dah slalu sound dah..tapi sumer pekerja kantin tu pekak kot..ade ke patut keropok ikan yang kering tu 3 ketul 50sen..bukan keropok lekor...tapi keropok keping yang kering tu....aku tanya apsal mahal sangat??? dia boleh wat xdengar je...
agaknya diorang dah di brain wash yang mana otak diorang kan terima soalan yang mempertikaikan harga makanan kot.cam b _ _ _ _ _ g je...
bawak bekal lagi baik sedap n murah..kat kantin tu dah la xsedap makanannya..
Lagu kebesaran negeri Sembilan telah digubah oleh Andrew Caldecott (1884-1951) dan diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan pada masa itu, Tuanku Muhammad pada tahun 1911
Cuba teliti lirik lagu ni dengan penuh ketelitian..betulkah lirik yang korang nyanyi selama ni? Cuba tengok bahagian yang aku warnakan merah…
Mengikut pengamatan aku hamper separuh rakyat di negeri Sembilan salah menyanyikan lagu ni..mereka slalunya menyanyikan sebagai..
“kasihi rakyat dan juga umur”
Sedangkan yang sebetulnya ialah “lanjutkan umur”..kesalahannya bermula disekolah apabila cikgu salah ajaran yang mana banyak cikgu negeri lain mengajar lirik yang salah..sama2lah kita perbetulkan nyanyian kita..
Pernah x korang rasa meremang bulu roma satu badan dari kepala sampai kaki? Bila agaknya keadaan tu berlaku?tejumpa hantu?....logiklah kalau jumper antu tu..
Tapi…
Pernah x korang rasa camtu bila korang menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri, lagu jalur gemilang, lagu sekolah. Dan sumer lagu2 yang berbentuk kenegaraan???
Pernah x?
Itulah yang aku alami setiap kali menyanyikan lagu negaraku, kebesaran negeri Sembilan, lagu UPM, jalur gemilang, lagu sekolah, lagu Melaka, lagu IPPm dan semua lagu – lagu patriotik…aku akan rasa meremang seluruh badan dari kaki bawak ke kepala…kenapakah itu berlaku?
Benda ni bukan boleh saje2 buat.. it’s just happen..
Adakah itu bermakna aku ni telebih patriotik? entah la..aku pun xpaham..satu perasaan terharu bila menyanyikan lagu kebangsaan dengan iringan muzik n penuh semangat..aku hamper menitiskan air mata bila murid2 sekolah telok mas tempat aku praktikal tahun lepas menyanyikan lagu sekolah..
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Selamat hari guru kepada semua cikgu yang telah mengajar dan mendidik aku…tanpa cikgu saya tidak ke mana..
Jika dihayati sajak di atas, pasti terusik hati kita..pasti terkenang saat disekolah bahawa guru walaupun garang, bengis, tegas dan mungkin ade yang kita rasa kejam tapi semua tindakannya hanyalah untuk menjadikan kita insane yang berguna, menjadikan kita manusia yang benar2 manusia..terima kasih cikgu..