Followers

Sunday, November 15, 2009

KPLI menuju ke penghujung

hari ni 15 november 2009, dah hampir setahun aku menjalani kehodupan sebagai guru pelatih KPLI.macam2 perkara aku ngan kengkawan lalui..suka..duka..pahit,kelat..sumer ade..tinggal 10 hari je lagi aku jadi guru pelatih.macam-macam perasaan pulak timbul..gembira, sedih.....
gembira sebab lepas ni aku jadi wanita berkerjaya.ade duit sendiri.sedih pulak sebab akan berpisah dengan kawan-kawan di IPPM ni untuk menjalani cabaran dan kehidupan masing-masing. satu lagi aku rasa berdebar sangat...mampu ke aku jadi cikgu yang sentiasa berdedikasi dan mengutamakan pelajar.aku harap aku xkan terpesong dan terpengaruh dengan aper2 pengaruh x elok.dengan kawan-kawan kat sains 2 ni,hidup happy je.bak kata puteri, yang penting kita enjoy!!!
rakan-rakan yang tiada gantinya..sukar dicari dimana jua..terima kasih kawanku. gambar ini diambil semasa dinner sains 2 selepas final exam 5/11/09
dari kiri belakang:kak nad,rose,kak wani,cikin,kak ibha,mira,amy
dari kiri depan: ayu,noren,sue,lisa,fana

~mane yang lain ni....hmmm...


bersama mentor yang best dan sporting
~Mama Mariah Binti Lambak~

ingatlah kengangan ini sahabatku
pengalaman yang sukar ditemui dilain hari





~~Sumer ader~~
"tagline" yang membawa kejayaan...
semoga kita x menjadi insan ajnabi....
heheeheheh
ajnabi=asing



~semoga kita semua berjaya dalam semua perkara yang kita lakukan....

Tuesday, October 6, 2009

Habis sudah praktikum...jumpa Interview ngan exam lak

start je cuti hari raya..praktikum pun abis tapi minggu ni je ade 3 test..semalam pengurusan gerko.hari ni test ilmu pendidikan..lagu dua minggu ade interview SPP untuk pengesahan jawatan plak..risau la aku..aku org first interview utk unit aku... aku kene 20/10..kengkawan yang lain kene 21/10...hope aku lulus la...takutnya..Ya Allah kau hilangkan gemuruh kat diri aku ni.....semalam repair paip rosak sampai 50 hengget org tukang paip tu mintak..tapi nk wat camne, tepaksa la bayar je..ktorg x tau harga standard..nasib baik tuan rumah bagi tolak sewa rumah je..Alhamdulillah...

Tuesday, September 8, 2009

Seminggu je lagi....

Lebih kurang Seminngu lebih lagi, semua umat islam akan menyambut kedatangan Syawal yang sangat bermakna buat semua....tahun ni adalah tahun ke5 aku dan keluarga menyambut syawal tanpa ayahanda tercinta,,,detik 16 Februari 2004 jam 9.15 pagi telah menjadikan aku dan adik beradik ku anak yatim...
minggu depan adalah minggu terakhir aku praktikum..mcam2 perasaan ade..gembira ade..sedih ade..bedebar ade...gembira coz bila habis praktikum maknanya aku dah nk abis kursus..sedih coz nk tinggalka anak murid aku...dah 3 bulan aku kat sini..dah rasa mesra plak ngan student aku...bedebar coz..aku fikir..macam mana aku nk masuk bilik kuliah bila lepas raya ni..mampu ke aku...entahlah...insyaAllah boleh..Chaiyok2..

Friday, August 21, 2009

Esok Puasa!!!

Esok dah puasa..kul 12 ni aku terus gerak balik palong...minggu lepas, aku jumpa jalan baru yang lagi cepat sampai palong.selalu aku ikut durian tunggal-selandar-batang melaka-gemencheh..tapi hari tu jumpa jalan dari selandar terus ke air kuning pastu keluar kat sungai dua yang hanya 20 minit dari rumah aku..jimat masa dalam 15 minit kot..aku pun xkira tapi hari tu aku bawak 60 km/j pun aku sampai umah dalam masa 1 jam 30 minit..kalau aku bawak laju sikit mesti lagi cepat sampai kan?ish...ish xelok bawak laju-laju kan..hehehe...aku kalau bab balik rumah aku ni memang x sabar sikit...semalam birthday adik aku, atih aku belanja dia makan ngan kawan dia tapi biasa-biasa je...xmampu nak bawak g medan ikan bakar umbai or alai..aku bawak g kedai saba je...ok la dari xde kan? itu je yang aku termampu...okla..dah kul 11.44 ni.jap lagi balik..bye..assalamualaikum..
SELAMAT BERPUASA (^_^)

Wednesday, August 19, 2009

kawalan kelas???

How to improve class control?
aku mengajar tahun 1. mereka sangat mesra dan tak takut dengan aku. bila aku kene observe. i felt so terrible coz my class control is weak.diorang memang bising tapi bising sebab buat discussion untuk aktiviti yang aku suruh.macam mane ek?aku dah buntu ni...

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan bakal menjelang lagi

Lagi 3 hari umat islam akan menyambut ramadhan bulan yang penuh kemuliaan. bulan yang patut kita gunakan sebaik-baiknya...stiap kali ramadhan,tekad aku nk abiskan khatam Al-Quran dalam masa sebulan..kadang-kadang miss jugak jadi terbawakla ke syawal..ader seorang rakan pernah berkongsi ilmu..katanya, kalau nk habiskan baca 30 juzuk Al-Quran dalam masa 30 hari berpuasa, maka setiap kali solat 5 waktu sehari, baca 4 muka surat Al-Quran..Alhamdulillah berkesan...
Aku praktikal, ari jumaat baru boleh balik kampung.jumaat tu kan sehari sebelum puasa.orang negeri sembilan panggil hari mantai...selalunya kat palong (Rumah Aku), 2 hari sebelum puasa dah meriah dah dengan persiapan menyambut ramadhan. dan aku akan tolong mak aku berniaga dalam masa 2 hari tu. mak aku berniaga sayur kampung kat pasar harian.maka ramai la pelanggan masa hari mantai ni coz orang nk beli kelengkapan memasak rendang seperti lengkuas, pucuk pegaga, pucuk maman, dll. tapi mantai kali ni aku x dapat tolong mak aku coz aku sampai umah mesti dah pukul 3 petang... sian mak aku..mesti x menang tangan nanti.. :(
Kepada semua...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..SEMOGA MENGGUNAKAN BULAN YANG MULIA INI DENGAN SEPENUHNYA...

MASK WOMEN..HEHEHE..NI GARA-GARA PENULARAN WABAK INFLUENZA A H1N1