Salam....
Aku baru je abis ajar tajuk asid dan alkali tahun 5...seronok buat ujikaji asid alkali ni sbb guna bahan makanan...last week after ujian abis ari Jumaat.... aku kendalikan ujikaji menguji sifat bahan menggunakan kertas litmus:
Tajuk: untuk menyiasat sifat bahan menggunakan kertas litmus.
BAHAN: kertas litmus merah dan biru, serbuk kopi, gula, garam, jus limau, ubat gigi, sabun, syampu, asam jawa dan epal hijau.
Langkah:
1. Celupkan hujung kedua2 kertas litmus dan perhatikan warna kertas litmus. Catatkan pemerhatian...
Kesimpulan:
1. Asam jawa, jus limau dan epal hijau adalah bahan berasid. (K.litmus biru menjadi merah).
Asam jawa
Epal hijau
Jus limau nipis
2. Syampu, sabun dan ubat gigi adalah bahan beralkali. (K.litmus merah menjadi biru).
3. Gula, garam adalah neutral (kedua2 kertas litmus tidak berubah warna).
Seronok buat ni....cer try ..mesti seronok.....
Next post aku update ujikaji rasa untuk tentukan sifat bahan n apajadi kalau dua jenis bahan dicampurkan....