Followers

Wednesday, April 21, 2010

CiKgU oH cIkGu...

Masa aku sekolah rendah dulu, bila ayah aku tanya apa aku nak jadi bila dah besar, aku pasti akan jawab aku nak jadi cikgu. pastu arwah ayah aku tanya kenapa nak jadi cikgu?..jawapan aku cuma satu sebab cikgu banyak cuti, boleh balik kampung jaga mak ngan ayah....tapi saat aku membesar, aku takut menjadi guru sebab aku pikir aku x mungkin sanggup menghadapi perangai pelajar zaman sekarang..perangai aku sendiri pun x betul..

Sejak aku kecik aku sangat takut ke hormat ngan cikgu-cikgu aku..sampai sekarang aku masih takut nak jumper cikgu Amai iaitu cikgu fizik aku masa sekolah dulu.. Semasa di alam persekolahan, aku ade satu je anggapan dan pandangan tentang cikgu iaitu cikgu ialah sebaik-baik manusia. bagi aku kalau nak cari orang paling baik dalam dunia ni, carilah cikgu...aku tak pernah percaya yang cikgu ni mengumpat, bergosip, berdating...xpernah..bagi aku cikgu ni xde cacat celanya.....

semakin aku membesar, minda aku pun semakin matang. aku sedar guru juga adalah insan biasa, makhluk ciptaan Allah yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

dan kini aku sendiri bergelar guru...setiap manusia ade perangai tersendiri...dan guru - guru pun macam tu..pandangan aku yang guru adelah sempurna dah berubah sebab aku sendiri x sempurna. tapi satu yang aku pasti...guru memang sebaik-baik manusia kerana seorang guru pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak muridnya berjaya dalam peperiksaan dan dalam hidup...

ade satu perasaan halus yang sejuk di dalam dada ni apabila bekas pelajar aku berterima kasih kerana mengajarnya..satu kepuasan apabila melihat pelajar - pelajar aku semasa aku jadi GSTT kat SMK PALONG 2 tahun 2008 sekarang kebanyakannya menymbung pelajaran di IPT...Alhamdulillah..xde apa yang mampu aku ucapkan melainkan mendoakan kejayaan mereka... masih aku ingat semasa mereka menduduki SPM, aku yang x senang duduk memikirkan dapat x diorang jawab...

kepada semua guru-guru dan pensyarah yang mendidikku sehingga aku menjadi diri aku sekarang, terima kasih saya ucapkan...jasa cikgu sangat besar...

No comments:

Post a Comment