Followers

Friday, April 30, 2010

Air Mata??

Kenapa Manusia Mudah Menitiskan Air Mata?Mungkin Kerana Dengan Air Mata Beban Di Dalam Hati Dapat Berkurangan..
Mungkin Juga Tekanan Dapat Dilepaskan...
Korang Penah X Terlampau Marah Kat Seseorang (Selalunya Ahli Keluarga) Sampai Nak Keluar Air Mata?
Air Mata Sungguh Misteri Bagi Aku...

Thursday, April 29, 2010

Lagu persetiaan undang-undang pengakap..


Masa perjumpaan pengakap semalam (rabu), aku kene bawak sekawan hijau pastu cikgu yang kene bawak sekawan biru n kuning pun join coz cikgu tu xtau pasal pengakap..yang sorang tu dulu PBSM n yang sorang lagi penyelaras TKRS masa kat sekolah lama…so..aku nak mudah sebab masa tu Cuma ade 15minit je..aku pun ajar la bebudak nih lagu persetiaan undang-undang pengakap...
Dipercayai, taat berguna
Bersaudara, berbudi
Kasihkan binatang, menurut perintah
Tabah hati, berjimat
Suci fikiran..
Suci perkataan..
Suci perbuatan...

Apa Yang best??


Aku xtau la nak wat entry apa..citer ada banyak tapi xde mood nak menaip..aku ingat nak ubah layout blog aku nih tapi…..ye la..budak baru belajar kan..banyak yang aku xtau lagi..so skang ni aku tengah study camne nak ubah layout tanpa kehilangan gadget2 aku..hmmm..ade yang nak bantu? Dulu aku penah tukar layout aku..abis sume gadget ilang..mase tu main tukar je tanpa berfikir…skang kene lebih berhati2..dah hamper Berjaya dah..sikit je lagii…..

Wednesday, April 21, 2010

dAtAnGlAh SeMuLa WaHaI cIk MoOd...

Hari ni ntah kenapa aku xde mood sangat..tapi pagi tadi masa kelas ok je..aku siap buat game untuk tahun 3 lagi..ade sorang anak murid tahun 3 aku tadi badan dia panas sangat tapi dia kata dia x rasa xsihat pun..dia kata dia sihat..tapi bdan dia memang panas sangat.. risau gak aku.skang ni dah la musim influenza macam2..

berbalik kepada soal mood aku tadi..pas abis sume kelas aku, aku pun nak la wat RPH untuk esok, aku cam malas sangat.. lambat je tulis..tetiba rsa nak menjerit..tu maknanya aku dah stress dalaman la tuh...bila tengahari kuar ngan kak laila g gemas dah ok skit.

balik dari koko petang aku tipan la cik abg aku tuh..memang tu tabiat aku pun suka tipon dalam kete tapi aku guna handsfree...masa aku tipon tu, masa dia lum angkat aku inut nyanyi lagu dalm radio tuh. bila dia angkat, aku mute kan radio.,..tetiba dia cakap.."nak cakap, cakap la"... aku cakap kan awak baru angkat..then aku cakap sorry ganggu kot2 dia tengah busy keje..pasut tetiba dia letak..aku ni yang memang dah x brape nak ade mood dari pagi bertambah-tambah la hilang mood aku tuh..ntah mane ntah peginya..sampai skang ni xdatang2 lagi.g shopping ke apa ni..

Cik MOoD.. datang la balik...aku x suka la macm nih...

CiKgU oH cIkGu...

Masa aku sekolah rendah dulu, bila ayah aku tanya apa aku nak jadi bila dah besar, aku pasti akan jawab aku nak jadi cikgu. pastu arwah ayah aku tanya kenapa nak jadi cikgu?..jawapan aku cuma satu sebab cikgu banyak cuti, boleh balik kampung jaga mak ngan ayah....tapi saat aku membesar, aku takut menjadi guru sebab aku pikir aku x mungkin sanggup menghadapi perangai pelajar zaman sekarang..perangai aku sendiri pun x betul..

Sejak aku kecik aku sangat takut ke hormat ngan cikgu-cikgu aku..sampai sekarang aku masih takut nak jumper cikgu Amai iaitu cikgu fizik aku masa sekolah dulu.. Semasa di alam persekolahan, aku ade satu je anggapan dan pandangan tentang cikgu iaitu cikgu ialah sebaik-baik manusia. bagi aku kalau nak cari orang paling baik dalam dunia ni, carilah cikgu...aku tak pernah percaya yang cikgu ni mengumpat, bergosip, berdating...xpernah..bagi aku cikgu ni xde cacat celanya.....

semakin aku membesar, minda aku pun semakin matang. aku sedar guru juga adalah insan biasa, makhluk ciptaan Allah yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

dan kini aku sendiri bergelar guru...setiap manusia ade perangai tersendiri...dan guru - guru pun macam tu..pandangan aku yang guru adelah sempurna dah berubah sebab aku sendiri x sempurna. tapi satu yang aku pasti...guru memang sebaik-baik manusia kerana seorang guru pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak muridnya berjaya dalam peperiksaan dan dalam hidup...

ade satu perasaan halus yang sejuk di dalam dada ni apabila bekas pelajar aku berterima kasih kerana mengajarnya..satu kepuasan apabila melihat pelajar - pelajar aku semasa aku jadi GSTT kat SMK PALONG 2 tahun 2008 sekarang kebanyakannya menymbung pelajaran di IPT...Alhamdulillah..xde apa yang mampu aku ucapkan melainkan mendoakan kejayaan mereka... masih aku ingat semasa mereka menduduki SPM, aku yang x senang duduk memikirkan dapat x diorang jawab...

kepada semua guru-guru dan pensyarah yang mendidikku sehingga aku menjadi diri aku sekarang, terima kasih saya ucapkan...jasa cikgu sangat besar...

Tuesday, April 20, 2010

Laung agung dan istiadat pengibar bendera...

Laung agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali perjumpaan pengakap ataupun di pagi hari semasa perkhemahan pengakap. antara turutan susunan laung agung adalah seperti berikut. gambar yang disertakan ialah semasa perkhemahan pengakap tahun 6 PKG Gemas tahun 2010 di tapak perkhemahan pasir besar pada 16 - 18 april 2010 yang lepas. perkhemahan ini disertai oleh ahli Pengakap kanak-kanak (PKK) disekolah-sekolah kebangsaan di Zon Gemas seramai 48 orang. istiadat laung agung ialah:

  1. para ahli PKK akan berjalan seperti biasa di kawasan tapak perhimpunan. kemudian Akela akan menjerit PEK....apabila mendengar sekali pek..ahli PKK akan berhenti dan berdiri tegak.
  2. Akela akan menjerit PEK..PEK..PEK..pabila mendengar 3 kali laungan pek, PKK perlu berlari dan mengerumuni akela. pada masa ini, kedua-dua tangan akela berrapatkan si dadadengan tapak tangan kanan di atas tangan kiri.apabila akela mendepangkan tanagn, PKK akan membuat bulatan mengelilingi akela dengan berpengang tangan. setelah bulatan kemas, tangan dijatuhkan.
  3.  
  4. selesai membuat bulatan, PKK menjingkitkan kaki. kemudian akela menjatuhkan tangan dan PKK perlu mencangkung dengan tangan lurus disisi. dengan serta merta, PKK perlu menyebut "AKELA KITA BUAT HABIS BAIK"
  5. Akela tabik (mencabar) seorang Ahli PKK yang bertentang dengan akela. kemudian PKK ini perlu bangun dan membalas tabik akela sambil berkata "KAMU BUAT HABIS BAIK?". setelah itu ahli PKK yang lain bangun sambil tabik dan menyahut "KITA BUAT HABIS BAIK". setelah akela menjatuhkan tangan barulah ahli PKK menjatuhkan tangan.
 
8.   seterusnya istiadat mengibarkan bendera..setelah selesai aktiviti di (4), akela akan menyebut "BENDERA" dan orang yang berada di kedudukan nombor dua dari kiri tiang bendera akan keluar dua langkah dan menuju ke tiang bendara dalam keadaan berkawad. kemudian pkk ini menyentak tali bendera dan bergerak kebelakang satu langkah dan terus tabik pada bendera. apabila pkk ini tabik pada bendera, semua ahli pkk yang lain mengikut tabik pada bendera. kemudian pkk ini bergerak ke kedudukan asaknya.


9.   seterusnya akela menyebut"NEGARAKU".semua pkk perlu menghadap bendera dan menyanyikan lagu negaraku.
10.     setelah itu, akela menyebut "DOA". pada masa ini, pkk di sebelah pengibar bendera akan bergerak ke hadapan satu langkah dan menyebut "UP" bagi menadah tangan dan terus membaca doa. setelah selesai pembaca doa menyebut "UP" lagi sekli untuk menjatuhkan doa.

  1.  
    11.   setelah selesai, akela akan melaporkan kepada ketua dan akela memberi taklimat kepada pkk.

    12.   untuk bersurai, akela akan menyebut "KELUAR BARIS" dan pkk perlu keluar baris dengan tiga langkah.
SETELAH SELESAI ISTIADAT LAUNG AGUNG DAN MENGIBARKAN BENDERA BARULAH AKTIVITI PERKHEMAHAN ATAU PERJUMPAAN DIJALANKAN.

p/s: terdapat masalah pernomboran turutan..harap maaf.

Friday, April 16, 2010

Camping

Salam...Aku suka camping walaupun aku bukan seorang yang sangat berani..sebenarnya boleh diakatakan agak penakut..contohnya aku takut naik jambatan gantung kat kem lenggong perak..tapi masa first time je..pastu mesti aku nak naik lagi..macam flying foz pun camtu..memula takut tapi pastu nak wat lagi..cuma aku surrender kalau suh wat "mlm burung pungguk" banyak2 kali..huuuiiii..itu yang cek paling takut tuh...hehehe

Minggu ni ade perkhemahan pengakap peringkat daerah tampin kat tapak perkhemahan pasir besar..aku dusuruh anta n jemput budak je..tadi aku stay sampai 2.45 pastu anta budak ke kem...trus balik ke rumah..n esok aku kene ade di sane kul 8 pagi coz tetiba nama aku dah dimasukkan ke dalam senarai fasilitator..fuhh....tekajuit (tekejut dlm loghat minang)...tapi xper..aku memang suka pun..aku yang mintak kat cikgu kamalludin kalau ade apa2 aktiviti pengakap, aku nak join...tu yang dapat tu kot..hehehe

seronotnya...tapi debar gak..tetiba je nak g jadi fasi..xtau pape pun..tentatif pun xtau....hehehe..ini dah boleh dikatakan fasi bidan terjun la nih..hehehe....bila sampai kat tapak perkhemahan tuh tadi, teringat kenangan zaman aku sekolah menengah masa aku camping pengakap, kadet polis kat situ dulu..masih ade lagi tapak khemah aku..tapi aku tengok tempat yang aku slalu pasang khemah tu pengakap pompuan yang duk..bertentang dengan khemah students aku..jgn main mata dah la ye..hehehe


malam ni nak tido awal...harap2 dapat bangun  macam biasa la..aku ni kalau cuti sabtu ahad, mata memang xkan terbangun kul 5.30pagi de..mesti lewat dari tu..mintak2 dpat la bangun kul 5.45..dapat ke?heheeh..we will see.... :D

Thursday, April 15, 2010

contact lens?

Salam...aku nk cerita disebalik aku memakai contact lens ni..bulan 3 ari tuh aku g tempah contact lens coz aku punya power mata tinggi n silau pun tinggi jadi x leh pakai contact lens biasa...aku pun tempahla kat kedai wah wah optical kat tampin..7 pasang untuk 7 bulan kene RM 250.00..kira standard la tuh..start pada aku dah beli tuh..mesti la aku pakai.xkan aku belu x nak pakai..beli dah la agak mahal..xkan nk wat perhiasan je kat umah mak aku nih?hmm..mulai dari saat itu, setiap kali ke sekolah aku pakai la contact lens..kat umah aku pakai la spek sebb x boleh pakai lama sangat c.lens nih..

Sebenarnya...aku mula pakai cermin mata sejak umur aku 14 tahun dan sejak itu aku adalah si perempuan berspek yang nampak macam skema...dah lama sangat pakai spek..aku teringin nk rasa x pakai spek macam orang lain..adik beradik aku cuma aku sorang je yang pakai spek..aku slalu pikir macam mane rasanya bila memandang terus tanpa spek..mesti best..x perlu nk pikir spek dah berabuk, nk lap spek..

Aku pakai contact lens bukan sebab nk cantik..aku tau aku x cantik..aku tau aku x lawa..aku tau aku x menarik..aku sedar sapa diri aku nih..jangan salah paham..aku x pernah rasa aku cantik..aku sedar tu sejak aku kecik lagi...aku dah biasa dah dengan kata-kata yang mengguris hati tapi lama-lama aku dah boleh ketawa dengan kata-kata yang kalau orang x biasa dengar memang sedih...tapi aku bersyukur..Alhamdulillh..kerana aku diciptakan cukup anggota badan..sempurna...yang membolehkan aku bekerja untuk mengatasi kekurangan aku (mata rabun)

Salah ke aku nak rasa normal?salah ke aku nak rasa macam orang lain tanpa cermin mata...aku tau aku x cantik..mungkin orang ni x pernah tengok aku tanpa kaca mata dan bila tengok aku tanpa kaca mata, nampak lain..tapi itu xmenjadikan aku cantik..xtau kenapa jadi sensitif plak bila ade insan yang cakap "ooo...orang cakap kau cantik x pakai spek tu yang kau terus x pakai spek tu kan?"...aku terkejut sangat..aku x penah pikir camtu..aku sedar sapa aku nih.... hmmmmmmmmm

coretan ati: tima kasih coz sentiasa mengingatkan aku..sume ni slalu wat aku beringat nk sedar diri...

Monday, April 5, 2010

pemandangan sekitar perjalanan rumah(palong5) - sekolah(sg. kelamah) - rumah(palong5)

Aku ade satu tabiat yg sukar nk di ubati iaitu menangkap gambar....menangkap gambar biasalah kan...ramai je orang yang suka menangkapm gambar..tapi masalah aku ni pelik skit sebab salah satu tabiat menangkap gambar aku sangat berbahaya dan tidak boleh diamalkan di kawasan sibuk n bandar2 mahupun pekan2..nk tau kenapa?..haaaa...

sebenarnya aku suka tangkap gmbr guna kamera hp coz senang sbb tu aku beli hp camera 5MP..masalahnya..aku suka tangkap gambar sambil drive...xcaya? aku x tipu la..aku cuma klik je..mata aku tetap menumpukan perhatian pada perjalanan..hehehe..ni dia gambr2 pemandangan yang bagi aku sangat cantik sekitar perjalanan aku ke tempat kerja setiap hari..sangat canti sbb tu aku tangkap sambil drive coz kalau saje nk suh aku benti tepi jalan tangkap gambar xde la de..x tangkap kang rugi plak coz the view is so beautiful..SUbhanallah..indah sungguh ciptaan Allah...






my home sweet home (^_^)

Saturday, April 3, 2010

Shawl

Aku ade bukak satu blog nih n aku baru je follow blog tu...ade satu shawl yg aku suka sangat n aku pun memnag suka belit2 shawl atas kepala pun tapi kene pakai contact lens la..heheehe..tapi dah kene booked plak shawl tuh..xpe la..aku nk cuba survey blog len kot2 ade lagi yg menarik ati..tapi kat blog yg satu tu pun aku dah booked dah satu..tengah tunggu no akuan..aku nk bank in petang nih..hehehe