Followers

Sunday, November 13, 2011

GPS Iman datang Palong

Salam..
ok sekarang ni pukul 6.45 pagi aku tengah mendonlot untuk print sesuatu n jap lagi nak pegi ke Padang Astaka Palong 4,5 dan 6 sebab ade aktiviti yang mana rancanfan GPS IMAN akan membuat rakaman kat sini hari ni.
GPS IMAN tu apa?
GPS IMAN ni rancangan TV3 yang di keudarakan setiap ahad jam 7.30pm.

Sumber dari facebook GPS IMAN:
"Program baru terbitan Primeworks untuk TV3 ini memaparkan pengembaraan 3 pengacara bersama artis jemputan dan geng penunggang superbike ke kawasan kampung seluruh Malaysia. Berkongsi pengalaman dan tazkirah dalam usaha berdakwah melalui cara yang lebih santai dan progresif, demi menarik belia menuju ke jalan yang diredhai. Semoga kita semua mendapat iktibar dan dikurniakan hidayah, saling menasihati serta menemui arah tujuan hidup sebenar. Wallahualam."


Hos: Fakhrul Radhi, Mohd Zhafran, Shaiful Nizam


Yang mana setiap minggu akan ada artis yang berlainan..
menurut sumber kami BEEGO yang akan datang tapi semalam ana cakap BELL NGASRI pun ade...so...jap lagi tengok la...coz diorang gerak dari tempat penginapan diorang iaitu di GEMAS GOLF RESORT pada pukul 8.30 pagi...
Aku kene in-charge bahagian sukaneka...
ade tenteng..Galah Panjang..dengan Kukur Kelapa
persembahan pulak ade kompang...Silat..
Pelbagai Jualan dan Pameran oleh USAHAWAN BELIA PALONG....
ok...bagi yang sempat membaca entry ni..jom....
datang meriahkan majlis...

No comments:

Post a Comment