Huraian:
- Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
- Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
- Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
- Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
- Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
Diambil dari laman web HIMPUNAN HADIS..klik pada link himpunan hadis di atas.
hadis ini mengisahkan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...ade kata-kata menyatakan....
hadis ini mengisahkan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa...ade kata-kata menyatakan....
ibu n bapa mampu menjaga sepuluh orang anak-anak..namun... sepuluh anak belum tentu mampu menjaga ibu n bapa...
susah kita nak lihat lelaki menjaga dan mencuci najis ayahnya...menukarkan lampin tatkala ayahnya sakit terlantar di hospital...namun...aku sudah melihatnya.
kini ayahnya sudah kembali ke rahmatullah...
kesedihannya turut aku rasai....
semoga rohnya (Arwah Pakcik Manap) aman dan ditempatkan dikalangan orang beriman...Al-fatihah....
Ya Allah..hindarilah aku dan adik beradikku dari menjadi anak yang tidak mengenang jasa...Aminnn
No comments:
Post a Comment