Followers

Sunday, March 20, 2011

Melawat..

Salam..
aku skang ni kat umah along..kejap lagi nak balik ke palong dah...esok dah keje..banyak yang nak setelkan...
kelas tekwando aku dah tuang dah ari ni..ampun ye master..bukan sengaja cuma ade urusan yang tak dapat dielakkan..
kejap lagi nak singgah KPJ Seremban jap nak menjengok pokngah (pakngah) aku mak aku punya abg kat situ..ari tu masuk spital pilah..aku bawak mak aku g pilah..dktor cakap dah kuar spital...
aku pun ingat dia dah sihat la..tup2 jumaat aritu cousin aku called cakap dia kat KPJ Seremban..aku xsempat nak singgah
pastu kang aku nk g spital seremban plak (Hospital Tuanku Jaafar)..nak melawat ayah 'dia'.
ntah macam mane la keadaannya agaknya....macam hal jadi..
harap2 ade peningkatan kestabilan la...
so..kesimpulannya petang ni agak busy skit la...
pas dah g spital kang baru gerak ke palong..harap perjalanan aku berjalan lancar..
aminnnnn

Friday, March 18, 2011

Ayah 'Dia' kemalangan..

Salam..dah lama rasanya aku x update blog ni..banyak yang aku nk kongsi sebenarnya tapi tangan ni tak termampu untuk berlari di atas keyboard dan mencoretkan kata-kata luahan hai..aku sekarang sangat buntu dan risau..

selasa lalu sedang aku asyik berbual sambil membiat kerja disekolah..'dia' telefon minta aku tolong call abg ipar aku di hospital tampin kerana ayah 'dia' kemalangan...terkejut aku..aku terus call abg lan..abg lan cakap...kes tu akan direfer ke hospital besar seremban..menurut abg lan..mungkin xde apa2 yang berlaku..

esoknya RABU..aku ikut sekali ke seremban..melihat keadaan ayahnya..sangat menyedihkan aku..aku teringat saat-saat tatkala ayah aku terlantar di katil hospital 7 tahun yang lepas...menurut doktor satu dari tulang belakang ayahnya hancur dan perlu dibedah dengan memasukkan besi yang berharga RM6900. keadaan kepala ayanya yang mempunyai pendarahan dalaman menyebabkan ayahnya seperli kehilangan ingaan dan asyk meracau...jari, tangan dan bahu ayahnya patah...beberapa jahitan terpaksa diuberikan di lengannya...hibanya aku melihat 'dia' dan adik beradiknya menangis kerana ayah mereka tidak mengenali mereka..

doktor mahukan jawapan dan wang segera untuk pembedahan tulang belakang bahagian pinggang ayahnya..masa inilah aku lihat bagaimana orang yang kita sangka baik..rupa2nya...jahat yang amat...
adik beradik 'dia' tidak seorang pun keje kerajaan...tambahan lagi tiada yang berpangkat besar..jadi untuk mendapatkan RM6900 dalam masa 1 hari sangat susah..itu hanya untuk pinggang..belum lagi tau keadaan kepalanya..menurut doktor kos keseluruhan mungkin mencecah RM15 000...

masa ni aku lihat kakak yang mementingkan diri..menfitnah semata-mata kerana tidak mahu mengeluarkan wang(atau mungkin dia memang tiada satu sen pun wang..jika betul pun usaha la jugak) untuk perbelanjaan perubatan ayahnya...wang yang dapat 'dia' kumpul agak banyak namun masih tdak mencukupi...


KHAMIS..disaat adik beradiknya hampir dapat mengumpulkan wang...keputusan scan kepala ayahnya yang dihantar ke KL tiba dan ayahnya dihantar menjalan scan sekali lagi....kali ni menurut doktor..pembedahan pingang (tulang belakang) hanya akan dibuat jika keadaan ayahnya stabil yang mana ayahnya sekarang dalam keadaan 50-50 kerana pendarahan dalam kepala ayahnya sudah merebak...sedihnya aku..'dia' sudah kehilangan ibu 6 tahun yang lepas...keadaan ini menyebabkan dia seakanakan hilang semangat...


ayah dia selalu suruh kami kahwin cepat namun aku yang menolak kerana ingin menjalani hidup berkerjaya dahulu..bila ini terjadi...aku rasa sangat bersalah..aku sedih...maafkan aku...

Tuesday, March 8, 2011

Kursus Oh Kursus

Salam..
hmmm...
sejak dua tiga menjak ni..aku asyik kene g kursus...
bila g g kursus ni..sume orang kata..best la..dapat g kuar...xyah pening nk pikir kelas....hmmm...
xbrape nk setuju je dengan statement tu...
sebenarnya kalau g kursus ni..nak nak pulak yang makan 2,3 hari n lebih ni..banyak Pro and Cons nya....
yang positifnya...
1. dapat tambah ilmu...
2. dapat tambah kawan
3. luas pemandangan

yang negetifnya pulak
1. kelas banyak tinggal
2. kene siapkan tugasan banyak sepanjang peninggalan
3. sian kengkawan kerja yang kene ganti tu...

tapi nak wat camne kan????
sejak 04.01.2010 aku dah tetap n harus menggunakan dan mengamalkan nsatu frasa wajib "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"..
jadi nak wat macam mane..paksa rela ke hape ke..tetap kene MENURUT PERINTAH kan....

aku ni dah la baru je balik dari kursus pendidikan luar last 2 weeks....
ni esok kene g untuk Bahasa Inggeris plak...ganti Puan Nirmala...pastu terus sambung dengan kursus profisiensi bahasa inggeris untuk guru bukan opsyen,....nampak gayanya pasni xde alasan la aku nk mengelak ajar english....hmm...boleh ke?
harap2 la..ajar english ni best jugak..boleh nyanyi2//bersajak...cuma nak kene belajar lagi teknik mengaajr bahasa ni..nk sahut seruan kerajaan..MBMMBI....
Chaiyok2!!!!

p/s::::kepada kengkawan yang kene ganti kelas aku n aku xsempat tinggalkan tugasan tu.. terima kasih dan maaf ye..surat baru dapat tadi..esok dah kene g..xsempat nak wat tugasan..

Monday, March 7, 2011

Statistics FEB 2011

Salam...
entry ni cuma nak bgtau tentang statistik bulan FeB 2011
terima kasih kerana sudi menjengok blogf ni yang kadang2 bersawang-sawang kerfana jarang update..
terima kasih sangat2



darpada stats tu nampak ramai yang view entry tentang pengakap..
rasanya akan update lagi banyak tentang pengakap kanak-kanak ok...next time aku masukkan lagu2 pengakap eh..
thanks pada yang view entry-entry lain gak..
thank u sooo muchhh...

Thursday, March 3, 2011

Kursus Pendedahan Pendidikan Luar Guru-Guru Lepasan IPGM/IPTA 2001/2010

Salam..
Alhamdulillah...last wek aku dah berjaya menempuh seminggu kursus pendedahan pendidikan luar...kat KEM PUSAKO Hassan Basir, Kampung Sungai Jelutong, Batu Kikir...sangat la seronok...
kursus tu untuk guru-guru yang baru posting dalam 1-4 tahun la...tujuannya sebenarnya nak cari pelapis untuk jurulatih KEM PUSAKO negeri sembilan...

Masa memula dapat surat vterkejut gak sebab kursus sampai seminggu dengan hanya berkhemah..aku memang blur..al-maklumla xpernah lagi pergi kursus pendidikan luar...
bila dah pergi..uishhhh...memang best...macam-macam aku belajar sepanjang 5 hari 4 malam kat sane...
belajar cara kawad dengan betul....belajar senam seni 1 malaysia....itu yang paling best dapat release tension..menari macam2 tarian...sangat la..besttttttt
sekadar gambar hiasan-kawan SK TELOK MAS, 2009
selain tu belajar cara conduct aktiviti air..kayak..orientaring...kembara lasak...survival..dan macamn-macam lagi...memang sangat seronok...
yang paling aku rasa macam effect sangat kat ialah..AKU RASA AKU DAH X FOBIA DENGAN MIC..
pelik kan...aku la satu2nya (agaknya la) cikgu yang takut nak becakap depan audience yang ramai n guna mic..tapi masa turn group aku wat forum masa last day tu..aku becakap memang tak lama tapi...mic tu tak menggigil pun kat tangan aku..seronok sangat...harap berterusan la...

jumpa ramai kawan..kak fara, sue, kak sue, kak saba, kak fizah, iyza n firdaus..tu sume satu group ngan aku..n ramai lagi la yang tak satu group..dapat berkenalan dengan cikgu2 sekolah lain..memang best...
 sekadar gambar hiasan ~ SAINS 2 MAKTAB IPPM 2009
firdaus ni aka akak nur firdaus ni mukanya mirip cikin member aku kat maktab..pastu masa tengah wat6 aktiviti..aku dengan yakin dan bersungguh2 memanggil firdaus dengan nama syikin..tapi pelik sebb dia xjawab..aku panggil lagi....hahaha..apa da aku ni...lekat dah nama tu kat dia..hehehe..


kat kem tu jugak aku berjaya jalani ujian kecegasan fizikal dengan jayanya..YESSSSS....
memang RUGI GILER KALAU AKU TAK PEGI KEM tu...satu pengalaman yang sangat berharga...
n sekarang aku punya mission ialah untuk ajar senam seni tu kat sekolah aku..hehehe....chaiyok2!!!!
 
pastu sekarang ni aku rasa teringin nak join kelas senam robik..kar gemas ni ade ke?sape tau?
kalau tau tolong la bgtau aku..aku nk sangat join..hehehe..thanks alot..

p/s: gambar xde la coz aku tak bawak kamera..sorry ye..