Followers

Wednesday, July 8, 2009

Perkhemahan perdana unit beruniform

Pada 3-5 julai hari tu, SKTM mengadakan perkhemahan perdana unit beruniform..sebagai cikgu pengakap..cehhhh....aku ngan zaili dipertanggungjawabkan melatih ahli pengakap lakonan untuk malam kebudayaan. kitorng xtau nak wat drama per..jadinya kami pun ajar budak -budak ni cerita mowgli...cerita hutan..skrip pun ringkas giler...bersusah payah aku ngan zai ajar budak.....masa malam kejadian barulah tanya aper perkembangan lakonan..unit2 lain sumernya dibantu oleh cikgu tetap..kitorang wat stail ktorg je la...org sains kalau wat keje kan simple je..yang penting jadi....
masa malam kejadian tu, memang best la coz budak yang masa latihan macam xingat watak je,,,tetiba paling terbaik lakonannya....tapi kami dapat no. 3 je mungkin sebab watak akela x ingat langsung dialog...asyik pandang kat zai je..sume org perasan dia asyik tanya cikgu...untuk pengetahuan suara latar adalah aku...hehehe...kelakar sungguh.....
selain citer utan-mowgli,ktorg ajar ahli pengakap lagu undang-undang persetiaan pengakap n aku ajar bebudak ni "tepuk-tepuk menyampah" yang mana kesudahannya sume murid tahun 4 & 5 sekolah ni tau tepuk menyampah aku tu...best sebenarnya ajar sekolah rendah ni...masa hari terakhir,aku tdo kat rumah tapi aku sampai sekolah kul 6.55pagi ngan zai n mira...ktorg kene handle senaman pagi...masa sampai tu mendung pastu tetiba ujan renyai...ktorg ingat wat je la senaman dalam dewan..aku pun g cari speaker coz xder sorang pun cukgi laki n cikgu tetap masa tu...bebudak dah wat hal masing-masing...pastu hujan tetiba lebat..ktirg suh sumer masuk dewan.. tapi ade yang nakal g mandi ujan..mentang2 cikgu diorg xder...pastu aku n mira uruskan budak dalam dewan, zai cari budak mandi ujan...penat gak nak jerit coz ujan, suara xdengar.. dah settle sume bile kira, pengakap x cukup 4 orang.. aku g cari coz budak pempuan ckp diorg g kat kelas 3 pandai...sampai kat 3 pandai aku tengok bukan main sedap lagi diorang baring2 atas tilam silat.aku pun marah la.. .aku pun ngadu kat akak ros yang budak pompuan baring2 kat kelas 3 pandai...rupa2nya budak yang aku marah tu anak dier...hahaah..mampus..ni dah masuk tahap cikgu praktikal x sedar diri ni..lantak la...
k la..aku dah penat menaip ni..ni aku attach gambar masa perkhemahan tu...n ni lagu pengakap baru yang aku baru belajar masa perkhemahan tu

marilah ramai2 menyanyi (2x)
menyanyi...menyanyi
api sudah nyala kita suka hati
marilah ramai2 menyanyi
tanganku melambai lambai
badanku bergoyang goyang
kaki terhentak hentak
hatiku senang

perbarisan hormat meyambut ketiabaan YB Adun DUN Telok Mas (Perasmi)

ahli perbarisan hormat pengakap

peserta lakonan pengakap ketika menyanyikan lagu undang-undang persetiaan pengakap

penutup persembahan lakonan-lagu mowgli pergi berburu...para peserta memakai topeng watak2 binatang

cikgu yang semangat menyanyi lagu perkhemahan

No comments:

Post a Comment