Followers

Friday, July 27, 2012

Fidyah - part 2

Ok..bagi yang dah baca post yg lepas... [klik sini]
ade aku selitkan tentang golongan yang dikenakan fidyah n maksud fidyah...
jadi ni AKU NK UPDATE TENTANG GOLONGAN YANG DIKENAKAN FIDYAH...
yang ni aku amik bulat-bulat dari laman web PZNS (Pusat Zakat Negeri Sembilan)

mari sma-sama membaca:


BAYAR FIDYAH SAHAJAKADAR FIDYAH
1. Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuhsatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa
2. Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati)satu cupak X hari yang ditinggalkan puasa
BAYAR FIDYAH DAN QADHA PUASAKADAR FIDYAH
1. Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnyasatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
2. Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air sususatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
3. Melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnyasatu cupak X hari yang ditinggalkan puasa(jumlah bayaran fidyah akan berganda mengikut tahun yang ditinggalkan) dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan



Fidyah? apa tu??? - part 1

Salam....
Bulan puasa ni mesti ramai yg bernekad nk puasa penuh kan?
bagi kaum lelaki....kalau xde keuzuran (sakit/keje x berat) haruslah penuh kan?
bagi kaum wanita pulak..mane2 yang dah kahwin n tengah mengandung mesti rasa excited sebab akhirnya dapat jugak puasa penuh kan???
tapi bagi yang normal..mesti berdoa-doa agar diberi rezeki untuk puasa penuh..macam aku tahun lepas..alhamdulillah raya ke-5 baru datang miss Red tu..sebab period xteratur..so..last year..dapat la penuh....
seronok sebab xpayah ganti..hahahaha
bagi yang tertinggal puasa wajiblah ganti kan????
tapi ade jugak golongan yang tidak diwajibkan mengganti puasa yang tertinggal dan boleh dilunaskan dengan hanya membayar FIDYAH.... siapa yang kene bayar fidyah ni??
mengikut yg aku baca n aku faham..(aku lupa dah dari laman web mane)
tolong betulkan jika aku salah ye..

terdapat tiga golongan:

  1. golongan yang uzur (haid) wajib mengganti puasa sesudah bulan ramdhan (xbleh bayar fidyah kene Qada puasa)
  2. golongan yang musafir, hard labour (pekerja binaan, lombong, yang bekerja keras n dibawah terik matahari) pada bulan puasa yang mane selepas bulan puasa tidak lagi melakukan pekerjaan tersebut, wajib mengganti puasanya setelah habis bulan ramadhan dan setelah tidak dikerjakan pekerjaan berat tersebut (yang ni pun xleh bayar fidyah..kene Qada)
  3. golongan yang bekerja keras/hard labour ( pekerja binaan, lombong, yang bekerja keras n dibawah terik matahari) yang memang pekerjaan tetapnya dan tetap dilakukan pada bulan-bulan seterusnya.... maka golongan ini diberi kelonggaran untuk membayar fidyah atas puasa yang ditinggalkan semasa hari bekerja (isnin-jumaat/sabtu: ahad kene la puasa)....
***** SILA BETULKAN SAYA SEKIRANYA SAYA SILAP*****


Apa Itu FIDYAH?????
ok..mari kita kongsi ilmu yang aku copy n paste dari laman wen Pusat Zakat Negeri Sembilan...
terima kasih kepada PZNS atas penerangan dibawah ini..sama-samalah kita menambah ilmu di bulan Ramadhan ini....

Apa Pengertian Fidyah??
Fidyah bermaksud denda yang dikenakan kepada orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas sebab-sebab tertentu atau kerana sengaja melewatkan qadha puasa bulan Ramadhan yang ditinggalkan sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.

Apa Hukumnya Fidyah ni?
Wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan seperti firman Allah swt yang bermaksud :
Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari yang tertentu), maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, bolehla ia berbuka. Kemudian wajiblah ia berpuasa (yakni menggantikan sebanyak hari yang dibuka) pada hari-hari lain dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.  (Surah al-baqarah : 184)
Ibnu Abbas ra telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan membayar fidyah.
Maksudnya : "Orang yang sangat tua dikalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa, hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan puasa sebagai ganti".  (Hadis riwayat al-Bukhari)


...MAKANYA...
ITULAH SERBA SEDIKIT TENTANG FIDYAH....

Thursday, July 12, 2012

Novel, Cerpen Online..

Salam...
Minat Baca Novel???
Minat Baca Cerpen???
Xde masa nak pegi kedai buku untuk membeli novel??
Xpe.... Boleh klik je link yang ni.... EmanSufi
Sambil-sambil baca cerpen Online..
leh dengar Karya.fm...
baca sambil berhibur....
best x?
apalagi..jom....

Anda juga boleh baca kat Penulisan2u.com
sekarang ni aku tengah baca novel farisha Imani..
tajuknya...
****kredit to Google for the pic****

Suamiku bukan Romantik tapi Autistik.. 
ade 880 muka surat..memang best novel ni..setakat ni aku baru baca sampai m/s 400...
memang asyik la layan novel ni...
novel ni boleh jugak kat online penulisan2u.com tu....
apa lagi..jomla....
klik sini tuk baca prolog novel ni....
korang boleh baca novel ni online..tapi kalau nk syokk lagi..golek2 atas katil..atas sofa..pegi la kat bookstore berdekatan n beli novel ni....best oo...